Skip to content

Kolej Tun Dr. Ismail

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Pengenalan
Written by Administrator   
Friday, 13 February 2009

Sejarah KTDI

Kolej Tun Dr. Ismail merupakan antara kolej yang terawal dibina di kampus UPM Serdang ini. KTDI yang dahulunya terkenal dengan jolokan "Third" yang bermaksud 'ketiga' merupakan kolej ketiga dibangunkan selepas Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Kedua. Proses pembinaannya bermula daripada Februari 1973 dan siap sepenuhnya pada Julai 1975. Sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua, pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2.3juta untuk pembinaan kolej ini. Nama baru kolej ini diambil semperna nama tokoh terhormat Negara iaitu Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua, sebagai penghormatan terhadap jasa dan ketokohannya sebagai salah seorang pemimpin Negara yang berwibawa. Nama Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah digunakan secara rasminya pada 1 Januari 1995. Terletak dikedudukan yang amat strategik iaitu dipertengahan kawasan kolej-kolej kediaman, KTDI begitu dikenali dikalangan warga UPM. Sejak lebih tiga dekad penubuhan KTDI, banyak perubahan yang yang telah berlaku mengikut peredaran zaman. KTDI juga merupakan kolej yang paling berpengaruh di UPM dengan pencapaian-pencapaian yang gemilang dalam kebudayaan, akedemik serta pencapaian dalam bidang sukan dengan menjadi juara 17 tahun berturut-turut dalam pertandingan Sukan Inter-Kolej.

Logo KTDI

Logo KTDI
 Bulatan Ilmu Melambangkan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai premis untuk setiap warga kolej menimba ilmu dan segala bentuk pengetahuan. Kecemerlangan merupakan matlamat utama yang menjadi perangsang warga kolej untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Bulatan PrinsipMengandungi lima kelopak bunga yang mencerminkan pegangan warga kolej terhadap Rukun Negara, manakala bulatan kuning di tengah melambangkan agama Islam yang dianuti sebahagian besar warga kolej.simbol bunga ini menjadi kebanggaan warga kolej yang bersesuaian dengan nama jolokan ‘ Kolej Taman Bunga’ dan memberi imej kepada kebersihan, kecantika dan keindahan. Bulatan PersahabatanMenggambarkan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang berganding bahu untuk menuju ke arah keunggulan mutu dan kecemerlangan kolej. Ia menggambarkan iltizam yang bersepaducantara semua bangsa tanpa mengenepikan kepercayaan masing-masing terhadap pegangan agama. Warna KolejWarna unggu dipilih sebagai warna rasmi KTDI kerana ia merupakan nama gabungan warna biru dan merah yang masing-masing melambangkan sifat berani dan keharmonian serta perpaduan.hasil gabungan kedua-dua bunga ini melambangkan jati diri setiap warga kolej.

Motto KTDI

“Sudah Bercahaya Lagi Bersuluh”
 Even The Best Can Be Improve

Lagu KTDI

Majulah bersama maju
Menuju kepuncak jaya
Penghuni berbilang bangsa
Menanda perpaduan
Kami yang berdisiplin
Kami yang bermotivasi
Kami yang berpotensi
Sentiasa Berjaya
KTDI...KTDI...
KTDI,KTDI,KTDI,
Berjaya !!!!
Last Updated ( Wednesday, 17 June 2009 )
 

Search

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Visit Counter


Visitors
Expand All Collapse All Show/Hide Modules

News

Newsflash 1

Laman Web Kolej Tun Dr Ismail dalam proses kemaskini.. Haraf maklum

 

Who's Online