28 Participants Successfully Finish Leadership Camp 2016 | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » 28 Participants successfully finish Leadership Camp 2016

28 Participants successfully finish Leadership Camp 2016

Ahad, 21 Februari 2016 – Pada 14 hingga 20 Februari 2016 yang lalu Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail dengan kerjasama pihak Pengurusan Kolej Tun Dr. Ismail bersama Bahagian Hal Ehwal pelajar Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2016 (KUKEM’16) Siri 08 yang berlangsung di Kolej Tun Dr. Ismail dan Ladang Hutan Kemasul, Mentakab, Pahang. 

     KUKEM terbahagi kepada dua fasa. Fasa 1 dijalankan sepenuhnya di Kolej Tun Dr. Ismail di mana pelajar didedahkan dengan kemahiran insaniah yang perlu ada dalam setiap diri pelajar manakala Fasa 2 diadakan di luar kolej dan kali ini diadakan di Ladang Hutan Kemasul, Mentakab, Pahang. Sewaktu Fasa 2, pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari sewaktu Fasa 1.

     Kursus Kepimpinan ini yang merupakan aktiviti tahunan kolej  bertujuan untuk memberi asas dalam pembentukan semangat berpasukan yang tinggi ke arah mencapai matlamat satu pasukan satu visi. Selain itu kursus ini dapat Medium untuk mencari dan mencungkil bakat kepimpinan pelajar kolej untuk masa hadapan. Disamping itu, melalui kursus ini juga pelajar dapat membina semangat cintakan kolej dalam diri peserta dan membentuk mahasisiwa dan mahasiswi yang kental dari segi mental dan fizikal. Akhir sekali, memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek kepimpinan dan kemahiran insaniah yang diperlukan bagi melahirkan pemimpin unggul yang seiring dengan kehendak universiti, industri dan negara.









Date of Input: | Updated: | suhaila_yusoff

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEUKAX~