Kolej Tun Dr. Ismail 2016 (SK3'16) | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Kolej Tun Dr. Ismail 2016 (SK3'16)

Kolej Tun Dr. Ismail 2016 (SK3'16)

Ahad, 6 Mac 2016 – Pada 29 Februari hingga 6 Mac 2016, Sekretariat Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan Kolej Tun Dr. Ismail 2016 (SK3’16) dengan kerjasama pihak Pengurusan Kolej Tun Dr. Ismail bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang berlangsung di Kolej Tun Dr. Ismail.

        SK3’16 mengambil masa selama seminggu kerana pelbagai acara dipertandingkan seperti Bola Jaring, Sepak Takraw, Futsal (Lelaki dan Perempuan), Bola Tampar (Lelaki dan Perempuan) Lontar Peluru, Lempar Cakera, Rejam Lembing dan Catur. Gabungan rumah sukan Phoenix, Dragon, Tiger dan Shark telah bertungkus-lumus merebut kemenangan bagi setiap acara yang dipertandingkan.

        SK3’16 merupakan acara tahunan yang dilakukan bagi tujuan mencungkil bakat sukan setiap pelajar Kolej Tun Dr. Ismail untuk mewakili kolej dalam Kejohanan Sukan Kolej yang diadakan sepanjang semester. Selain itu, objektif sampingan bagi SK3’16 ialah menyatupadukan warga kolej melalui medium sukan di samping melahirkan warga kolej yang mempunyai daya tahan fizikal yang tinggi. Majlis penutup SK3’16 dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengetua dan Felo Kolej. Tempat pertama SK3’16 dimenangi oleh Phoenix  diikuti dengan Tiger, Dragon dan Shark.

Prepared by:
IWANI KHAIRIAH BINTI CHE JAMALUDDIN
181464


Date of Input: | Updated: | suhaila_yusoff

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXETXAx~