Kepada pelanggan yang dihargai,
UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Sila beri maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di UPM.
Terima kasih.
Kiosk Kolej Tun Dr. Ismail atau lebih dikenali sebagai Third Corner merupakan sebuah kiosk di mana pelajat Kolej Tun Dr. Ismail dan pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia membeli barangan runcit seperti roti, minuman, aiskrim, makanan ringan, barang keperluan harian dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kiosk ini diwujudkan bagi menerapkan nilai keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar kerana kiosk ini diusahakan oleh pelajar-pelajar kolej ini sendiri.
Dengan ini, pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan dalam bidang keusahawanan dapat dilahirkan bagi mencapai matlamat masyarakat kelas pertama.