20 Students Of KTDI Joining Mobility To Indonesia | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » 20 students of KTDI joining mobility to Indonesia

20 students of KTDI joining mobility to Indonesia

Rabu, 27 Januari 2016 - Seramai 20 orang Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail telah menganjurkan Knowledge Exchange Mobility Programme 2016 pada 13 hingga 27 Januari 2016 yang berlangsung di Universitas Negeri Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia dan di sekitar Yogyakarta. Kursus yang telah dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tun Dr. Ismail dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serumpun diantara dua institusi pengajian tinggi dengan mewujudkan pelbagai pertukaran idea dalam bidang pendidikan serta usaha untuk meneroka ilmu baharu. Selain itu dapat memperkasakan dan menonjolkan elemen-elemen sosio-budaya antara masyarakat Malaysia-Indonesia yang mempunyai pelbagai adat dan budaya melalui siri interaksi dan persembahan budaya. Akhir sekali, dapat  mendedahkan peserta-peserta dengan ilmu kepimpinan yang tinggi di peringkat antarabangsa khasnya disamping memberi peluang kepada pelajar Universiti Putra Malaysia-Universitas Negeri Yogyakarta untuk menjadi duta kecil dalam usaha mempromosikan dan memperkenalkan unversiti masing-masing sebagai pusat kecemerlangan yang terkenal dalam melahirkan pelajar yang unggul dan berdaya saing.

       Antara pengisian program adalah, diskusi antara Ms. Rony K. Pratama dan 20 orang mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail. Ms. Rony K. Pratama adalah merupakan alumni Universitas Negeri Yogyakarta dalam bidang sastera. Antara tajuk yang dibincangkan adalah, Indonesia from Your Point of View dan Indonesia-Malaysia in Asian.

       Selain itu, beberapa aktiviti telah dijalankan di sekitar Yogyakarta. Antaranya ialah lawatan ke Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat yang terletak di Yogyakarta. Ia merupakan istana di mana tempat tinggal Sultan Yogyakarta dan keluarganya. Ia berfungsi sebagai pusat kebudayaan untuk masyarakat Jawa dan mengandungi sebuah muzium yang memaparkan artifak kesultanan.

       Aktiviti lain yang telah dijalankan adalah projek  komuniti bersama Senyum Merapi Foundation di Kampung Ngandong, Girikerto, Sorowangsan. 

       Aktiviti menarik  yang telah dijalankan adalah Lava Tour Merapi dan Museum Sisa Hartaku.

Disediakan oleh:
ERRA FAZIRA BINTI MANSOR
177252
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: | Updated: 07/12/2020 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXETLA7~