COVID 19 BUKAN PENGHALANG AKTIVITI REKREASI | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » COVID 19 BUKAN PENGHALANG AKTIVITI REKREASI

COVID 19 BUKAN PENGHALANG AKTIVITI REKREASI

 

 

 

 

COVID 19 BUKAN PENGHALANG AKTIVITI REKREASI

 

Oleh: SITI NUR AIN KAMARUDIN

SERDANG, 27 Nov – Sekretariat Rekreasi dan Kelestarian Hijau (REKS) Kolej Tun Dr Ismail dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Universiti Putra Malaysia (SRM) dan Persatuan Alumni Kelab Kembara Rekreasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Latepackers) telah menganjurkan Forum Recreation Everywhere di laman Facebook Kolej Tun Dr Ismail dan berjaya menarik seramai lebih 500 orang untuk menonton secara langsung pada malam tersebut.

Forum yang dikendalikan oleh 2 orang moderator iaitu Zaki Firdaus dan Safuan Zamir  bersama panel jemputan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kolej dimana pelbagai soalan telah diajukan kepada wakil Latepackers, En Mohd Khafiz Bachok dan Presiden SRM, En Arif Syahmi atau lebih gemar dikenali sebagai ‘Wanpis’.

En Arif Syahmi berkata, mencari minat untuk melakukan sesuatu aktiviti adalah lebih mudah jika bergaul dalam kitaran masyarakat yang mempunyai minat yang sama seperti yang dapat dilihat di dalam kalangan ahli SRM sendiri yang akan saling memberi dorongan kepada mereka yang suka tetapi takut untuk mencuba sesuatu aktiviti rekreasi seperti hiking, water abseiling, dan wall climbing yang mana dari sudut luaran tampak bahaya.

“3S iaitu safety, safety, safety dan 1E iaitu enjoy adalah perkara yang perlu diingatkan setiap kali melakukan aktiviti rekreasi. Tambahan, aktiviti seperti yoga, tabata dan zumba malahan memasak serta mengemas rumah juga tergolong dalam aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di rumah kerana takrifan rekreasi tidak menyatakan perlu dilakukan di luar rumah sahaja” katanya.

 Pengarah Forum Recreation Everywhere, Fathul Ariffin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang padu di antara moderator dan panel dalam menjayakan program serta berhasrat agar dapat menjalankan aktiviti di luar kampus bersama dengan persatuan panel jemputan.

“Maka tercapailah objektif forum ini iaitu bagi menggalakkan mahasiswa berekreasi bukan sahaja di luar malahan di dalam rumah memandangkan situasi yang kurang mengizinkan serta memberi ruang kepada panel jemputan untuk berkongsi pengalaman aktiviti rekreasi yang pernah dilakukan sekaligus mampu memberi inspirasi kepada mahasiswa” katanya.

Moderator menutup program dengan menasihatkan semua untuk sentiasa berada di rumah serta patuhi SOP dan mengakhiri sesi tersebut dengan tayangan lagu Covid-19 Pandemic Edition dan We Love UPM. 

Date of Input: 23/12/2020 | Updated: 23/12/2020 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXERFA6~