GEMA NIRMALA (GABUNGAN KOLEJ KEDIAMAN) JOHAN PERTANDINGAN KOIR SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » GEMA NIRMALA (GABUNGAN KOLEJ KEDIAMAN) JOHAN PERTANDINGAN KOIR SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM

GEMA NIRMALA (GABUNGAN KOLEJ KEDIAMAN) JOHAN PERTANDINGAN KOIR SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM

SERDANG, 7 Disember 2022 – Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan telah diadakan pada 6 Disember 2022 dengan gemilang dan jayanya oleh Pusat Jaminan Kualiti, UPM (CQA). Pelbagai Anugerah telah disediakan hasil dari beberapa siri penilaian yang telah dilaksanakan bermula dari awal tahun sehingga kini berteraskan pengurusan pentadbiran bertaraf  lima (5) bintang.

 

 

Antara pelbagai pertandingan yang telah dianjurkan salah satunya adalah pertandingan koir antara PTJ yang bertemakan “Inovasi”. Penganjur bagi pertandingan koir  iaitu Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM telah mengadakan pertandingan pada 16 November 2022 yang lalu bagi menentukan tiga (3) pasukan terakhir yang layak dan akan mengadakan persembahan kemuncak di Dewan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM sempena sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan. Tiga (3) pasukan akhir yang layak ke peringkat akhir adalah dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, gabungan Kolej Kediaman dan Hospital Pengajar, UPM.

 

Tahniah pasukan koir Gema Nirmala (Gabungan Kolej Kediaman) kerana telah diumumkan sebagai Juara bagi pertandingan koir inovasi pada tahun ini.

 

 

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan juri profesional, pihak penganjur, barisan Pengetua Kolej Kediaman, barisan Pegawai Tadbir Kolej,  dan seluruh warga kolej atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingan. Diharapkan pembudayaan kualiti dan inovasi perkhidmatan menjadi pemangkin budaya cemerlang organisasi yang berterusan kepada semua warga UPM.

Date of Input: 07/12/2022 | Updated: 09/12/2022 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEUBAB~