Kolej Tun Dr Ismail Professional League : Cungkil Bakat Baru E-sports Warga KTDI | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Kolej Tun Dr Ismail Professional League : Cungkil Bakat Baru E-sports Warga KTDI

Kolej Tun Dr Ismail Professional League : Cungkil Bakat Baru E-sports Warga KTDI

Kolej Tun Dr Ismail Professional League : Cungkil Bakat Baru E-sports Warga KTDI


SERDANG, 21 dan 22 November – Sekretariat Sukan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah menganjurkan satu pertandingan E-sports secara atas talian yang melibatkan seramai 95 orang peserta yang diwakili oleh para pelajar Kolej Tun Dr ismail.

 

Program yang diberi nama Kolej Tun Dr Ismail Professional League (KPL) memfokuskan kepada dua permainan atas talian yang terkenal di seantero dunia iaitu Mobile Legends serta Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).

 

KPL dianjurkan agar dapat mencari bakat-bakat baru dalam sukan atas talian yang semakin menjadi buah mulut dek kerana perkembangan masa kini untuk menjadi wakil ke arah platform pertandingan yang lebih tinggi dan seterusnya dapat mengharumkan lagi nama kolej seterusnya nama Universiti Putra Malaysia.

 

Pengarah Program, Falah Aidil Zainal Abidin, yang juga merupakan Naib Pengerusi Sekretariat Sukan MPK KTDI berharap bahawa program KPL ini dapat memberikan impak kepada para pelajar untuk memandang E-sports ini dengan lebih serius bagi dapat meningkatkan lagi kualiti E-sports Kolej Tun Dr Ismail.

 

Online Distance Learning membawa pelbagai cabaran kepada semua terutamanya kepada para pelajar. Namun, apa yang saya dapat lihat, Online Distance Learning ini telah menyebabkan ramai rakan seperjuangan saya berkecimpung dalam aktiviti sukan E-Sports ini dan untuk memanfaatkan peluang yang ada kita dapat jadikan hobi masa terluang mereka kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.”

 

Penasihat sekretariat sukan yang juga merupakan penasihat program, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen berkata, selain daripada mengisi masa lapang, E-sports juga dapat membantu memupuk kemahiran insaniah dalam diri para pelajar.

“Melalui E-Sports ini, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, dan kepimpinan dapat dipupuk. Program seperti ini merupakan alternatif kepada pelajar dalam normal baharu ini untuk terus belajar kemahiran insaniah ini, dengan syarat akademik dan pelajaran juga tidak diabaikan”, katanya.

 

KTDI Professional League telah berjalan selama dua hari iaitu pada 21 November 2020 bagi permainan Mobile Legends  dan 22 November 2020 bagi permainan PUBG beserta majlis penutup.

 

Bagi permainan Mobile Legends, pertandingan yang sengit telah ditunjukkan oleh para peserta dimana setiap aras telah berjuang sehabis mungkin untuk menempatkan diri ke slot final. Namun, akan ada hanya satu sahaja pemenang pada akhirnya yang telah dirangkul kejuaraan oleh aras dua Mawar yang dikenali sebagai Rendezvous Bongo.

 

Wakil kumpulan aras dua Mawar Muhd Nur Ikhwan Bin Taib yang merupakan pemenang bagi perrtandingan Mobile Legends telah berkata, “Semangat kerjasama dalam pasukan adalah sangat penting untuk kami dapat capai ke tahap ini”.

 

 

 

Bagi hari berikutnya pula, pertandingan PUBG mengikut blok telah dipertandingkan yang mana kita dapat lihat 15 pasukan yang terbahagi kepada 4 pasukan lelaki serta 11 pasukan perempuan masing- masing ‘berperang’ demi mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.

Mentaliti kita mungkin berpendapat bahawa pasukan perempuan tidak mungkin akan dapat peluang untuk memenangi pertandingan ini, namun wakil-wakil dari Kalui 1 telah menunjukkan kehebatan mereka dengan mendapat naib johan pada permainan map pertama manakala johan pada permainan map kedua akan tetapi malangnya pada permainan map terakhir, mereka tersingkir awal.

 

Kita tidak boleh menyangkal fakta bahawa sekarang ini, para wanita juga mula berkecimpung dalam permainan video dan terdapat segelintir daripada mereka lebih professional daripada sebahagian lelaki.

 

Setelah ketiga-tiga map dipertandingkan, kejuaraan telah dirangkul oleh Kumpulan Mawar 2 yang telah mengumpul sebanyak 69 mata. Jurang perbezaan sebanyak 12 mata dengan kumpulan Mawar 1 telah melayakkan Mawar 2 dinobatkan sebagai pemenang permainan PUBG untuk kejohanan KPL.

Program KPL turut dimeriahkan dengan kehadiran saudara Rizman Fadzli dan saudari Victoria Nacgee, Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Putra Malyasia. Mereka sempat berkongsi pengalaman dan informasi terkini berkenaan perkembangan E-Sports di UPM.

“Dengan pertandingan seperti KTDI Professional League ini kita dapat lihat bakat-bakat yang menonjol yang dapat digilapkan lagi untuk mewakili UPM dan seterusnya dapat mengharumkan nama UPM.” kata Victoria Nacgee.

Date of Input: 09/12/2020 | Updated: 09/12/2020 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEUWA4~