KTDI Juara Berganda SUKOL 2019/2020 | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » KTDI Juara Berganda SUKOL 2019/2020

KTDI Juara Berganda SUKOL 2019/2020

KTDI Juara Berganda SUKOL 2019/2020

SERDANG - Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL) UPM Sesi 2019/2020 seperti tahun-tahun sebelumnya telah beralngsung dengan jayanya bermula pada September 2019 hingga Mac 2020. Sebanyak 28 acara suka ntelah di dipertandingkan pada sesi kali ini. Kejohanan Sukan Kolej UPM ini merupakan acara tahunan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar di samping menerapkan amalan budaya hidup sihat dikalangan mahasiswa universiti serta menjalinkan perpaduan sesama kaum di segenap lapisan pelajar.

Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi SUKOL edisi 2019/2020 dengan Johan bagi kategori Lelaki dan juga Juara bagi kategori Wanita. KTDI meletakkan tempat pertama dengan bergaya mengatasi pesaing tradisinya KOSASS dan Kolej Sepuloh bagi  kategori Lelaki. Manakala pesaing kategori Wanita dari Kolej Canselor dan KOSASS.

Pada SUKOL 2018/2019, pasukan KTDI juga menjadi Juara kategori lelaki, manakala menjadi Naib Juara bagi ketegori Wanita. Pastinya kejayaan berganda tersebut berkat usaha gigih dan berbekalkan semanagat Juara dari setiap warga KTDI yang begitu optimis untuk bergelar Juara dalam apa juga bidang yang diceburi.

Menurut Ketua Pusat Sukan UPM, Dr Hanafiah Ayub “Kejohanan ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar kolej pengalaman di dalam menguruskan pasukan dan penganjuran.

Pada sesi ini mengikut data penyertaan , seramai 6055 orang pelajar wanita dan 4434 orang pelajar lelaki terlibat di dalam Penganjuran Sukan Kolej bagi sesi ini. Penyusunan takwim kejohanan adalah melalui persetujuan bersama dengan Majlis Perwakilan Kolej (MPK)”.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pusat Sukan UPM, “Pada Kejohanan SUKOL sesi 2019/2020 kali ini, telah memperlihatkan sedikit penurunan di dalam penglibatan pelajar, sama ada sebagai pemain atau atlet, pengurus pasukan atau jurulatih pasukan mahupun sebagai sukarelawan.

“Berdasarkan statistik, seramai 6055 orang pelajar lelaki dan 4434 orang pelajar wanita terlibat sebagai pemain/atlet kolej masing-masing, manakala seramai 32 pelajar lelaki dan 32 pelajar wanita terlibat secara langsung sebagai sukarelawan.

“Tidak ketinggalan, pelajar yang bertindak sebagai pengurus dan jurulatih pasukan adalah seramai 48 orang sepanjang Kejohanan Sukan Kolej sesi ini dijalankan.

Terdapat beberapa sukan bagi Kejohanan SUKOL 2019/2020 semester kedua terpaksa dibatalkan penganjurannya  kerana Pandemik Covid-19 yang menyebabkan seluruh aktiviti yang melibatkan orang ramai dan penganjuran kejohanan dibatalkan atas arahan dari kerajaan Malaysia.

Atas arahan rasmi ini segala aktiviti penganjuran sukan perlu dibatalkan dan dihentikan dengan serta merta bagi mengekang penularan Pandemik Covid-19 ini.

“Sebanyak 28 acara sukan telah dipertandingkan pada kejohanan sukan kolej kali ini. Daripada 41 acara sukan, sebanyak 14 acara sukan bagi kategori lelaki dan 14 acara sukan bagi kategori wanita telah dijalankan pada sesi kali ini”, ujarnya lagi.

Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman, selaku Timbalan NaibCanselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), berkata objektif utama penganjuran SUKOL adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi mewakili universiti ke kejohanan bertaraf universiti khususnya dan negara amnya.

“SUKOL dapat menggalakkan aktiviti riadah dan bersukan di seluruh warga kampus agar budaya sihat serta cergas dapat diterapkan dan secara tidak langsung, suasana positif dikalangan pelajar berterusan.

“Disamping untuk menerapkan tradisi bersukan bukan sahaja di kalangan pelajar, malah seluruh warga kampus dan diharap dengan bersukan, warga UPM dapat mengembangkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bantu-membantu serta semangat berpasukan dan secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan sukan”, tambahnya lagi.

Date of Input: 24/07/2020 | Updated: 24/07/2020 | sidek

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEZNAp~