KTDI JUARA SUKOL BOLA JARING | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » KTDI JUARA SUKOL BOLA JARING

KTDI JUARA SUKOL BOLA JARING

Serdang. 22 Februari 2019. Pasukan bola jaring wanita Kolej Tun Dr. Ismail berjaya menewaskan pesaing terdekat Kolej 17 di perlawanan akhir bola jaring di Pusat Sukan, UPM.

 

Semangat juang pasukan KTDI yang begitu tinggi dengan bantuan sorakan penyokong Purple Army berjaya memastikan juara milik kita dengan keputusan 17-16 seterusnya mencipta sejarah menjuarai sukan bola jaring pada sesi ini.

Ketua Felo merangkap penasihat sek sukan, Dr Yap Wing Fen turut hadir untuk memberi semangat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga KTDI dapat mengekalkan kejuaraan untuk sukol yang akan datang.

Date of Input: 28/02/2019 | Updated: 28/02/2019 | muliati

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEZSAJ~