MEMAHAMI PERSONALITI DIRI | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » MEMAHAMI PERSONALITI DIRI

MEMAHAMI PERSONALITI DIRI

SERDANG, 9 April 2019 – Seseorang individu terlebih dahulu perlu mengenali diri dan personaliti sendiri supaya mereka dapat memberikan reaksi terbaik terhadap tingkahlaku bagi mencapai sesuatu matlamat. Pembentukan personaliti seseorang manusia adalah sangat kompleks. Personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian individu ke atas persekitaran. Personaliti disifatkan sebagai organisasi dinamik kerana ianya saling berintegrasi serta berhubungan di antara pelbagai aspek personaliti yang lain yangmana berkait rapat dengan tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif; juga asas fizikal di dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan manusia.

 

Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan personaliti ialah faktor genetik, dan pesekitaran. Bentuk fizikal, kecergasan, kesihatan, keluarga, didikan ibu-bapa, pengalaman awal kanak-kanak, pengaruh rakan dan sekolah, sisio-budaya, kejiranan, komuniti bahkan negara juga turut mempengaruhi pembentukan personaliti.  Personaliti boleh dilihat melalui tingkahlaku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu dengan individu lain, iaitu bagaimana seseorang itu memberi reaksi atau interaksi terhadap individu dan persekitaran.

 

Justeru Program Kenali Diri Mantapkan Peribadi telah dilaksanakan di Foyer Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi khusus kepada warga FBMK bagi memberi mereka peluang meneroka personaliti dan menggunapakai potensi diri supaya kejayaan yang optimum dapat dicapai. Program yang disertai hampir 120 orang ini mendapat sambutan baik dari warga FBMK. Diharap input yang diperoleh memberikan manafaat berpanjangan kepada semua peserta.

Date of Input: 10/05/2019 | Updated: 10/05/2019 | azurani

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7357
-
C1596701741