PELAKSANAAN PROGRAM 111 SECONDS CHALLENGE 2.0 | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » PELAKSANAAN PROGRAM 111 SECONDS CHALLENGE 2.0

PELAKSANAAN PROGRAM 111 SECONDS CHALLENGE 2.0

PELAKSANAAN PROGRAM 111 SECONDS CHALLENGE 2.0

 

Oleh Muhammad Suhail Bin Ahmad Nawawi

SERDANG, 25 Dis – Dalam langkah untuk mengekang penularan pandemik Covid-19, para mahasiswa dan mahasiswi telah diarahkan untuk belajar dari rumah atau lebih dikenali dengan Online Distance Learning (ODL). Meskipun menghadapi cabaran ODL, ia tidak memutuskan semangat para pelajar Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM), untuk meneruskan program-program kolej termasuk pertandingan 111 Seconds Challenge 2.0 yang telah dijalankan secara atas talian. Program yang diberi nama KTDI 111 Seconds Challenge yang berlangsung selama 7 hari semasa cuti pertengahan semester adalah untuk memberikan peluang kepada para peserta untuk merakam dan menghantar penyertaan mereka yang berdurasi 111 saat atau kurang kepada pihak penganjur untuk penilaian.

 

Program ini dianjurkan agar dapat mencari bakat-bakat baru dalam memberikan ucapan awam yang dapat memberikan impak kepada pelajar lain walaupun secara atas talian yg berlandaskan tajuk Kelestarian Hijau. Pengarah program, Suhail Nawawi, berharap bahawa program ini dapat mencungkil bakat ramai lagi para peserta yang dapat memberikan ucapan yang memberangsangkan dan seterusnya dapat mengasah lagi bakat mereka untuk dibawa kepada peringkat yang lebih tinggi.

 

“Meskipun kaedah pelaksanaan pertandingan ini masih lagi asing untuk kita, namun saya percaya bahawa kita dapat atasi cabaran ini dan meneruskan lagi aktiviti-aktiviti serta program-program penglibatan para pelajar untuk memupuk dan membangunkan sahsiah diri mereka selari dengan slogan KTDI sendiri, “Teguh, Dinamik, Intelek” katanya yang juga merupakan pengerusi bagi Sekretariat Intelek dan Inovasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), KTDI, UPM.

 

KTDI 111 Seconds Challenge telah berlangsung selama 7 hari untuk penghantaran penyertaan, iaitu bermula pada 7 Disember 2020 sehingga 13 Disember 2020, kemudian sehari untuk pemilihan finalis iaitu pada 14 Disember 2020 dan sehari lagi untuk malam Finale KTDI 111 Seconds Challenge yang diisi sekali dengan ceramah mengenai “Tips to Speak Better” yang telah disampaikan oleh Dr. Mohamad Faiz Zainuddin.

 

 

 

Seramai 35 peserta telah diadili pada 14 Disember 2020 oleh hampir kesemua para Felo Kolej Tun Dr Ismail dan pihak penganjur telah memilih peserta yang telah memperolehi markah tertinggi daripada penjurian tersebut dari tempat pertama hingga kelima untuk dibawa ke acara final yang akan dianjurkan pada 19 Disember 2020.

 

“Ramai pelajar yang begitu kreatif dalam pembikinan video dan lancar dalam percakapan walhal Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama kita” berkata Cik Erra Fazira yang merupakan salah seorang Felo Kolej Tun Dr Ismail yang telah mengadili para peserta pada malam tersebut.

 

“Malah, jika video-video tersebut di siarkan juga kepada para pelajar, saya percaya ramai yang akan berminat dengan apa yang telah disampaikan oleh para peserta yang telah menyertai pertandingan ini.” Ujarnya lagi.

 

 

19 Disember 2020 merupakan majlis pertandingan akhir yang akan memperaksikan lima finalis 111 Seconds Challenge memberikan ucapan secara langsung dan dipertontonkan di Live FB KTDI Official.

 

Sebelum ke kemuncak pertandingan, majlis didahulukan dengan penyampaian ucapan daripada presiden Putra Toastmaster UPM, Dr Mohamad Faiz Zainuddin yang bertajuk “Tips to speak better”. Pelbagai perisian yang sangat menarik serta mempunyai terlalu banyak maklumat yang dapat digunakan bukan sahaja di dalam kelas malah diluar persekitaran pembelajaran juga.

 

 

Dalam pertandingan ini, pelbagai perkongsian menarik dan berguna telah dapat diperolehi sepanjang malam tersebut berjalan tidak kira daripada para finalis, penceramah mahupun para juri yang telah memberikan komen-komen yang dapat membina diri dengan lebih jitu dalam aspek memberikan ucapan.

 

I was genuinely mesmerized by seeing all the finalists deliver their speeches with such ease and confidence. Thanks for letting me be a part of it”, berkata salah seorang juri malam finale iaitu Tahiya Islam yang juga merupakan salah seorang ahli Putra Toastmaster.

 

“Pertandingan-pertandingan mahupun program untuk menyemarakkan lagi semangat para pelajar dalam memahirkan diri untuk memberikan ucapan di khalayak ramai adalah perlu untuk dilakukan demi memberikan faedah kepada para pelajar itu sendiri”, katanya lagi.

Date of Input: 24/03/2021 | Updated: 24/03/2021 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEXVAz~