PELAKSANAAN PROGRAM UKHUWAH SILATURRAHIM (US) DI NORMA BAHARU | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » PELAKSANAAN PROGRAM UKHUWAH SILATURRAHIM (US) DI NORMA BAHARU

PELAKSANAAN PROGRAM UKHUWAH SILATURRAHIM (US) DI NORMA BAHARU

PELAKSANAAN PROGRAM UKHUWAH SILATURRAHIM (US) DI NORMA BAHARU

 

Oleh Nur Hikmah Hanis Sukardi

SERDANG, 15 Nov – Seperti yang kita tahu, penularan pandemik Covid-19 yang asalnya bermula di China, masih lagi menghantui kehidupan masyarakat di setiap pelosok dunia di mana virus ini telah menjangkiti beratus-ratus ribu orang dan menyebabkan beribu-ribu kematian. Kerajaan telah mengambil inisiatif lain dengan sering mengingatkan rakyat agar mempraktikkan jarak sosial, mencuci tangan dengan sabun, menggunakan sanitizer, mengelakkan berjabat tangan, mempraktikkan etika ketika batuk dan bersin serta memakai pelitup muka untuk mencegah penyebaran virus.

Baru- baru ini, program Ukhuwah Silaturrahim Kolej Tun Dr Ismail (US KTDI) baru sahaja selesai dijalankan yang mana program tersebut telah melibatkan semua pelajar KTDI terutamanya pelajar tahun 1, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini berlangsung selama dua hari melalui pendekatan secara online iaitu melalui pautan FB Live dan streamyard.

Pada hari pertama, slot sembang santai bersama pengetua, barisan felo-felo dan pihak pengurusan kolej telah dilaksanakan. Bagi slot sembang santai, semua pelajar tahun 1 wajib mengikuti sesi ini bagi memperkenalkan mereka kepada pengetua,barisan felo-felo dan pihak pengurusan kolej, KTDI.

Pengetua KTDI, Prof. Dr. Sidek Abdul Aziz menegaskan walaupun kemasukan pelajar ke kampus ditangguhkan, KTDI akan terus  memastikan pelajar kolej merasai keseronokan dan jiwa mereka terasa ‘dekat’ dengan kolej melalui program-program atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak kolej dalam norma baharu kini.

Sesi sembang santai bersama pengetua, felo dan pihak pengurusan kolej

Pada hari kedua pula, slot bersama barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) KTDI dan juga pendaftaran sekretariat bagi pelajar tahun 1. Bagi sesi ini, pelajar tahun 1 wajib untuk mengikuti slot ini manakala pelajar tahun 2, 3 dan 4 adalah digalakkan kerana mereka juga perlu mendaftar sekretariat. Terdapat lapan sekretariat yang ada di KTDI, tetapi mereka (pelajar tahun 1) hanya boleh membuat tiga pilihan sahaja, kemudian mereka akan dipilih berdasarkan justifikasi, pencapaian atau peringkat yang telah mereka tulis di dalam google form yang diberikan.

Pengarah program US KTDI, Intan Nur Syuhada Abdul Halim menjelaskan bahawa program ini serba sedikit dapat memberi pendedahan dan pendekatan kepada pelajar-pelajar tahun 1 untuk mengenali pengetua, barisan felo-felo dan pihak pengurusan kolej serta barisan MPK KTDI.

 

 Sesi bersama barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) KTDI

Date of Input: 09/12/2020 | Updated: 09/12/2020 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEYBAB~