Penilaian Peringkat Kedua EKSA bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja

SERDANG, 28 Jun 2024 – Alhamdullilah Kokej Tun Dr. Ismail telah selesai menjalani sesi Penilaian Peringkat Kedua EKSA bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024.
Penilaian EKSA kali ini telah dilaksanakan pada 28 Jun 2024 oleh panel penilai yang dilantik iaitu Pn. Zenaida Zenon & Pn. Iniyati Kadri.
Program Penilaian Audit Kendiri ini dimulakan dengan sesi kata aluan oleh Dr, Mohd Hafiz Mohd Zaid, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail dan diikuti dengan Pembentangan Taklimat Pelaksanaan EKSA oleh Puan Norshahilda Md Shahril selaku Penyelaras Jawatankuasa EKSA pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Sesi Audit EKSA pada jam 10.00 pagi hingga 12. 30 tengah hari ke beberapa lokasi di Kolej Tun Dr. Ismail termasuk beberapa contoh bilik pelajar di blok kediaman kolej.
Tujuan Program Penilaian Audit Kendiri ini adalah sebagai penilaian kedua dan terakhir bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2023/2024. Penilaian audit pertama telah dijalankan pada 28 Jun 2024
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Panel Penilai, Jawatankuasa Pelaksana EKSA dan warga Kolej Tun Dr. Ismail atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingannya. Semoga amalan pembudayaan EKSA Kolej Tun Dr. Ismail dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya berfokuskan kepada penilaian serta kemenangan semata-mata.

Date of Input: 11/07/2024 | Updated: 11/07/2024 | farizaidi

Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 9769 1397