PERASMIAN TANAMAN LEMON DI LADANG SAINS PERTANIAN 10B FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM. | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » PERASMIAN TANAMAN LEMON DI LADANG SAINS PERTANIAN 10B FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM.

PERASMIAN TANAMAN LEMON DI LADANG SAINS PERTANIAN 10B FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM.

PERASMIAN TANAMAN LEMON DI LADANG SAINS PERTANIAN 10B FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM.

 

Serdang, 14 November 2022-Program Kolaborasi Pertanian pertama yang diusahakan bersama di antara Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) dan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM (FPP). Kolaborasi ini tercetus hasil perbincangan bersama di antara Kolej Tun Dr. Ismail dan FPP sekitar Ogos yang lalu apabila Dr. Normala Ismail (Pensyarah Pendidikan Sains Pertanian FPP) yang kini bertugas sebagai Felo Bersekutu di KTDI meninjau lokasi tapak semaian cili di KTDI dan tanaman- tanaman yang lain. Beliau mendapati tanaman lemon boleh diuruskan dengan lebih baik  kerana KTDI kekurangan kawasan bagi menjamin tumbesaran yang lebih sihat dan produktif bagi tanaman ini.

Hasil dari perbincangan bersama pihak pengurusan kolej KTDI, Dr Normala mencadangkan tanaman lemon ini dipindahkan ke Ladang Pendidikan Sains Pertanian 10B Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM bagi meneruskan penjagaan dan pengurusan tanaman lemon. Pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (BPSP) tahun satu dan tahun dua di KTDI dan juga mereka merupakan pelajar dari FPP akan membantu usahasama kolaborasi ini melalui penjagaan dan pengurusan lemon ini.

Justeru, satu majlis perasmian diadakan pada 14 November 2022 (Isnin) jam 8.00 pagi. Perasmian di mulakan dengan ucapan Dr. Normala Ismail sebagai penyelaras ladang 10 B dan penasihat program, diikuti dengan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Soaib Asimiran selaku Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan serta Yang Dihormati  Prof. Dr. Aminuddin Hassan selaku Pengetua Kolej Tun. Dr. Ismail. Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad FPP juga turut dijemput dalam memberi ucap sepatah dua kata.

Kesimpulan daripada ucapan Dekan FPP dan Pengetua KTDI adalah usahasama yang murni terhadap pertanian, dan hasrat untuk terus berkolaborasi dalam pelbagai lagi aspek pertanian selaras dengan teras utama Pelan Strategik Hepa dalam melestarikan pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selesai ucapan, majlis diteruskan dengan tandatangan di papan tanda sebagai simbolik perasmian Dekan FPP dan Pengetua KTDI. Kemudian, pelajar, pensyarah FPP, felo kolej KTDI dan semua yang hadir di bawa ke tapak tanaman lemon bagi upacara penanaman dan pembajaan lemon.

Majlis perasmian ini tamat pada jam 9.30 pagi yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Habibah Ab. Jalil (Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Antarabangsa, FPP), Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar (Timbalan Pengarah CADE selaku Pensyarah di Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal), Puan Norshahilda Md Shahril (Pegawai Tadbir KTDI), barisan Felo KTDI, barisan staf KTDI, barisan staf ladang dan pelajar sains pertanian dari Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

Date of Input: 15/11/2022 | Updated: 15/11/2022 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEaEAK~