PESKO: PUTRA MEDIA CARNIVAL PENCETUS TANGGAPAN BARU DUNIA MEDIA | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » PESKO: PUTRA MEDIA CARNIVAL PENCETUS TANGGAPAN BARU DUNIA MEDIA

PESKO: PUTRA MEDIA CARNIVAL PENCETUS TANGGAPAN BARU DUNIA MEDIA

PESKO: PUTRA MEDIA CARNIVAL PENCETUS TANGGAPAN BARU DUNIA MEDIA 

 

Oleh: Nur Ain Kamarudin

SERDANG, 26 Dis - Pesko: Putra Media Carnival 2022(D’MC) merupakan sebuah program anjuran Sekretariat Penerbitan Dan Pengurusan Korporat, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) Sesi 2022/2023, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berlangsung dari 4 sehingga 26 Disember 2022 yang bertempat di beberapa buah kawasan iaitu Kolej Tun Dr Ismail dan Padang Kawad UPM serta sekitar Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. 

D’MC dianjurkan bagi memberi penghargaan dan mengangkat kepentingan dunia media secara menyeluruh melalui perkongsian ilmu berkenaan kegiatan belakang tabir dan manfaat daripada dunia media.

D’MC telah membuka tirai dengan 3 pertandingan iaitu The Photo Talent, Newsreader on Spark dan The Voice Over dan mendapat sambutan hangat daripada ramai mahasiswa UPM serta telah dinilai oleh juri profesional dalam bidang masingmasing iaitu En Khairul Anuar (Pemilik Akademi Nuar Storyteller), En Naim Hashim (Pembaca Berita Suria FM) dan En Hishamuddin (Pemilik TKDNXV Creative Solutions). 

Sepanjang karnival ini berlangsung, Padang Kawad     UPM     telah menjadi lokasi D’Bazaar@Media Carnival yang berlangsung dari 13 sehingga 19 Disember yang mana pelbagai aneka makanan dan pakaian dijual bagi menambah kemeriahan karnival ini. 

Terdapat juga beberapa sesi perkongsian dijalankan melalui slot Speak Skill:Level Up pada 9 Disember yang disampaikan oleh En Hazeman Huzir, MDialogue: Power of Appearance pada 16 Disember bersama En Rudy Ludinata dan Hey Buddy: Business x

Socmed pada 18 Disember yang disampaikan oleh Cik Tyra Kamaruzzaman yang bertempat di Kolej Tun Dr Ismail UPM. 

Disamping sesi perkongsian, D’MC juga terlibat dengan aktiviti kesukarelawan yang berlangsung di sekitar Jalan Chow Kit pada 16 Disember iaitu Heart 2 Heart: Jom Breakfast dan Hard 2 Heart: Homeless pada 23 Disember dengan kerjasama Institut Onn Jaafar (IOJ) dan Youth of Strength & Happiness MyFundAction (YOSH).

  

Seramai 23 sukarelawan yang menyertai Heart 2 Heart: Jom Breakfast

Majlis Perasmian Penutupan telah  dijalankan pada 26 Disember yang dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman yang mewakili YBhg. Prof. Dr. Ariffin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan turut dihadiri oleh wakil daripada IOJ, YOSH dan para juri. 

Pengarah program, Saudara Azzam berkata Pesko: Putra Media Carnival 2022 (D’MC) dianjurkan adalah untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita Universiti Putra Malaysia bagi melahirkan para pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis dalam pelbagai sudut kemahiran.

 

Majlis penyampaian cenderamata kepada Puan Ardell Aryana dan En. Nadzmi Adhwa oleh YBrs. Prof. Dr. Amini

Majlis Perasmian Penutupan dimeriahkan lagi  dengan perkongsian Prihatin: Ada apa dengan Hiburan Media? bersama Puan Ardell Aryana dan pasangannya En Nadzmi Adhwa, pelantikan 2 orang pelajar KTDI selaku duta IOJ, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan pemberian cendaramata kepada rakan kolaborasi. 

Date of Input: 15/01/2023 | Updated: 16/01/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEaDAz~