Semakan Kendiri QMS 9001:2015 | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Semakan Kendiri QMS 9001:2015

Semakan Kendiri QMS 9001:2015

24 Mac, Serdang - Seramai 30 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) daripada kolej-kolej kediaman UPM telah menjadi penilai bagi semakan kendiri kolej-kolej kediaman bagi tahun 2019. Semakan ini adalah meliputi skop QMS 9001:2015. Semakan ini telah dilaksanakan selama 2 hari. Para penilai telah menghadiri kursus juruaudit sebelum ini. Antara matlamat semakan ini adalah untuk sama-sama memastikan prosedur dan peraturan dilaksanakan dengan baik di kolej-kolej kediaman. 

        

   

          

   

    

Para penilai juga dapat mengetahui masalah-masalah semasa yang dihadapi di kolej-kolej. Segala penemuan dikumpul dan dibincangkan semula dan dilaporkan semasa mesyuarat penutup. Semakan kendiri ini juga adalah sebagai persediaan kolej-kolej kediaman menghadapi Audit Dalaman UPM pada 17 & 18 April 2019 kelak.     

Date of Input: 15/04/2019 | Updated: 15/04/2019 | zawiyah

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEUMAK~