Serdang. 17 Februari 2019. Satu program bernama ‘Treevolution Day’ telah diadakan sempena program ‘Cultural Week’ yang merupakan anjuran bersama Kolej Kelima dan Kolej Tun Dr Ismail. Program ini dilaksanakan di sekitar kawasan Kolej Kelima dan Kolej Tun Dr. Ismail.
‘Treevolution Day’ merupakan program yang dijalankan oleh Sekretariat Kelestarian Hijau, Keceriaan dan Rekreasi dari Kolej Tun Dr Ismail.Program ini dijalankan bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan para pelajar kolej.
Antara pengisian program ini adalah penanaman pokok di beberapa zon di kawasan kolej oleh para pelajar mengikut gabungan.Selain itu, gotong royong turut dijalankan di Kolej Kelima. Pada hari tersebut juga, kaunter botol plastik telah dibuka dimana mana mana pelajar yang menyerahkan 15 botol plastik kepada Sekretariat Kelestarian Hijau, Keceriaan dan Rekreasi, mereka akan mendapat 1 merit.
Terdapat pelbagai acara menarik sepanjang empat (4) hari program ini berlansung.
Date of Input: 28/02/2019 | Updated: 28/02/2019 | muliati
Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 9769 7371