VIZHUTHUGALIN SANGAMAM 2022: UKIR MEMORI MANIS UNTUK UNIT MAHASISWA INDIA KOLEJ TUN DR ISMAIL. | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » VIZHUTHUGALIN SANGAMAM 2022: UKIR MEMORI MANIS UNTUK UNIT MAHASISWA INDIA KOLEJ TUN DR ISMAIL.

VIZHUTHUGALIN SANGAMAM 2022: UKIR MEMORI MANIS UNTUK UNIT MAHASISWA INDIA KOLEJ TUN DR ISMAIL.

OLEH: SHAMA RAJINDRAM

 

SERDANG, 20 November – Unit Mahasiswa India (UMI), Kolej Tun Dr Ismail telah menganjurkan Program ‘Vizhuthugalin Sangamam’ 2022 dari 1 November 2022 hingga 13 November 2022 bertempat di Dewan Sri Siantan, Kolej Tun Dr Ismail  bertujuan meraikan kedatangan pelajar baharu Unit Mahasiswa India, Kolej Tun Dr Ismail.

Disamping mengeratkan hubungan antara pelajar lama dan alumni dengan pelajar baharu Unit Mahasiswa India, Kolej Tun Dr Ismail,  program ini juga dapat membuka peluang kepada pelajar baharu untuk menyerlahkan bakat terpendam mereka dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut.

 

Sesi perasmian Program ‘Vizhuthugalin Sangamam’ 2022 oleh Pengetua Kolej Tun Dr Ismail

 

‘Vizhuthugalin Sangamam’ 2022 yang bertemakan Mollywood ini telah menarik seramai 70 orang pelajar untuk hadir bagi memberi sokongan serta melancarkan lagi pelaksanaan program.

Aktiviti-aktiviti seperti Enn Veethil Deepavali, Deepavali FlashExplorace dan Talent Show dijalankan sepanjang program ‘Vizhuthugalin Sangamam’ 2022 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Aminuddin Hassan, Pengetua Kolej Tun Dr Ismail.

 

Sesi bergambar bersama ahli UMI, alumni, Felo Kolej Tun Dr Ismail dan Majlis Perwakilan Kolej KTDI.

 

Pengarah program, Devindran Subramaniam mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa program, alumni, para pelajar tahun pertama serta para hadirin yang telah hadir untuk menjayakan majlis tersebut.

Akhir sekali, majlis penutupan Program ‘Vizhuthugalin Sangamam’ 2022 ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli UMI, alumni, felo Kolej Tun Dr Ismail dan Majlis Perwakilan Kolej KTDI.

“Diharapkan dengan terlaksananya aktiviti seumpama ini, warga India KTDI pelajar tahun 1 akan mengambil teladan daripada program-program yang dijalankan oleh senior mereka,” kata Pengetua Kolej Tun Dr Ismail dalam ucapan perasmian beliau.

Semoga tahap kelancaran program ‘Vizhuthugalin Sangamam’ 2022 dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun dan dapat  dikekalkan anjuran program ini sebagai pemangkin semangat dan mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar Unit Mahasiswa India, Kolej Tun Dr Ismail.

Date of Input: 03/02/2023 | Updated: 03/02/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEaHA1~