BASTEB SIRI 1.0 UPM : MISI MEMPERKASA AGENDA ETNIK SABAH DAN SARAWAK | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » BASTEB SIRI 1.0 UPM : MISI MEMPERKASA AGENDA ETNIK SABAH DAN SARAWAK

BASTEB SIRI 1.0 UPM : MISI MEMPERKASA AGENDA ETNIK SABAH DAN SARAWAK

OLEH: JUSTINE ANAK JAROP

 

SERDANG, 20 Disember – Buat julung kalinya, Bengkel Asas Seni Tari Etnik Borneo (BASTEB) Siri 1.0 UPM anjuran  Unit Mahasiswa Borneo (UMB), Sekretariat Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2022/2023 bersama Persatuan Kebajikan Anak Sarawak (PERKASA SARAWAK) dan Sazau Sunduvan Za di anjurkan di Universiti Putra Malaysia.

Bengkel Asas Seni Tari Etnik Borneo (BASTEB) Siri 1.0 UPM telah berlangsung selama 4 hari di Dewan Sri Siantan KTDI dan Bilik Kebudayaan KTDI yang disertai oleh 40 pelajar UPM yang mempunyai latarbelakang etnik dan budaya yang berbeza seperti Melayu, Cina, India, etnik Sabah, etnik Sarawak, Orang Asli dan Siam yang didedahkan kepada 8 jenis tarian pelbagai etnik Borneo kepada pelajar UPM dan di antaranya ialah tarian Titikas, Magunatip dan Sumazau bagi etnik Sabah manakala tarian Alu-alu, Ngalu Temuai dan Datun Julud daripada etnik Sarawak.

Menurut salah seorang peserta daripada etnik Orang Asli (Jakun) iaitu Ribka Awang Kechik, bengkel ini telah menyemai semangat perpaduan dan patriotisme di dalam kalangan peserta yang berbilang kaum manakala jurulatih BASTEB Justine Anak Jarop dan Abraham Bin Soidi senada menyatakan bahawa bengkel ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta mewakili UPM di peringkat kebangsaan seperti Malam Bumi Kenyalang (MBK) dan Malam Citra Bayu (MCB).

Pada 17 Disember 2022, majlis penutupan BASTEB telah diadakan di Dewan Sri Harmoni KTDI, bagi meraikan kejayaan program ini kerana secara keseluruhan ia telah mencapai objektif yang menjadi matlamat utama ahli jawatankuasa yang dihadiri oleh Pengetua KTDI, Barisan Felo KTDI, Exco Sarawak Volunteers, Penasihat PERKASA SARAWAK, Presiden KTDI dan sekitar 300 pelajar UPM daripada pelbagai kolej.

 

Sesi fotografi bersama barisan tetamu jemputan, barisan felo, para peserta dan para penonton Majlis Penutupan Bengkel Seni Asas Tari Etnik Borneo (BASTEB) Siri 1.0 UPM di Dewan Sri Harmoni, KTDI UPM.

 

Sedikit perkongsian dan refleksi ringkas daripada YBhg. Prof. Dr Aminuddin Hassan, Pegetua KTDI menjelaskan bahawa semua penonton pada malam penutupan tersebut mempunyai semangat perpaduan dan patriotisme yang tersemat dalam jiwa dan diri masing-masing kerana sanggup turun hadir ke Kolej Tun Dr Ismail untuk menyelami budaya dan warisan etnik Sabah dan Sarawak manakala Franky Erly Roma Anak Stephen, Pengarah Program berharap agar program ini terus disambut baik oleh Kolej Tun Dr. Ismail. 

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi buat Unit Mahasiswa Borneo (UMB), Persatuan Kebajikan Anak Sarawak (PERKASA SARAWAK) dan Sazau Sunduvan Za kerana telah menjayakan program BASTEB Siri 1.0 UPM.

Date of Input: 17/02/2023 | Updated: 17/02/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEbWAd~