Bengkel Melatih Pelapis Unit Publisiti Dan Multimedia Kolej | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Bengkel Melatih Pelapis Unit Publisiti dan Multimedia Kolej

Bengkel Melatih Pelapis Unit Publisiti dan Multimedia Kolej

Oleh: Nurul Fatini Mohd Noor

SERDANG 23 Januari, - Baru-baru ini, Sekretariat Penerbitan dan Pengurusan Korporat, Kolej Tun Dr Ismail telah menganjurkan satu bengkel iaitu ‘Bengkel Publisiti dan Suntingan Multimedia’ yang dijalankan pada 15 Januari 2023 bertempat di Dewan Sri Harmoni, Kolej Tun Dr Ismail.

Program ini dijalankan bertujuan mengembangkan pengetahuan peserta mengenai cara-cara dan aspek penting yang perlu diambil kira dalam proses penyuntingan video dan penghasilan poster menggunakan aplikasi seperti Canva dan Sony Vegas Pro. Peserta diberikan masa untuk mempelajari teori penghasilan poster yang menarik dan mengaplikasikan teori semasa sesi bengkel.

 

Ceramah Slot Publisiti yang disampaikan oleh Pn. Thuaibah Aslamiah Nadzri

 

Menurut pengarah program, “Kami jalankan bengkel ini juga dengan harapan dapat mencari dan melatih pelapis baharu yang mahir menyunting dan menghasilkan poster yang boleh membantu meneruskan legasi Sekretariat Penerbitan dan Pengurusan Korporat dalam menghasilkan media publisiti Kolej Tun Dr Ismail serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan kreativiti mereka dalam penyuntingan video melalui atihan praktikal di samping ceramah pengetahuan teori yang disampaikan.”

Bengkel yang dijalankan mempunyai dua slot, iaitu Slot Publisiti bermula jam 10 pagi yang disampaikan oleh penceramah jemputan Pn. Thuaibah Aslamiah Nadzri mengenai teori penghasilan poster yang menarik serta menepati SOP poster di Universiti Putra Malaysia, diikuti dengan Slot Multimedia pada jam 2 petang yang mengetengahkan pengetahuan am penyuntingan video menggunakan Sony Vegas Pro.

“Sebelum ni saya memang tak tahu macam mana nak guna Sony Vegas Pro ni, tapi saya memang berminat untuk menggunakan aplikasi ini. Sekarang saya dah tahu, saya dah boleh membiasakan diri untuk menggunakan aplikasi ni" , ujar salah seorang peserta semasa sesi refleksi yang dijalankan sebelum mengakhiri bengkel pada hari tersebut.

 

Sesi bergambar bersama penceramah, peserta dan jawatankuasa Bengkel Publisiti dan Suntingan Multimedia

 

Pertandingan mereka poster turut diadakan pada 15hb Januari 2023 hingga 18hb Januari 2023 , tiga poster terbaik telah dipilih oleh juri jemputan dan nama dan poster penenang diumumkan pada 22hb Januari 2023.

Date of Input: 20/04/2023 | Updated: 20/04/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcGAE~