MALAM GALAU 2023: INSPIRASI PELAJAR UNTUK MENGASAH BAKAT DAN MINAT | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » MALAM GALAU 2023: INSPIRASI PELAJAR UNTUK MENGASAH BAKAT DAN MINAT

MALAM GALAU 2023: INSPIRASI PELAJAR UNTUK MENGASAH BAKAT DAN MINAT

oleh:SITI NUR MUSFIRAH BINTI MAHADI

 

SERDANG, 20 Mei 2023 - Sekretariat Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan telah mengadakan program Malam Galau 2023 buat julung kalinya di Dewan Sri Harmoni, Kolej Tun Dr Ismail dengan kehadiran seramai 150 orang penonton yang terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia dan dihadiri oleh artis penyanyi jemputan iaitu Ewal Ismail bagi memeriahkan lagi program ini.

Program ini dimulakan dengan gimik pembukaan dari kumpulan Batcha Muthal yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bollynach Showdown 4.0 baru-baru ini, dan diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan D-Ecstacy yang terdiri daripada 5 penyanyi dan 3 pemain alat muzik, juga merupakan pelajar Kolej Tun Dr Ismail sendiri.

Kemeriahan penonton ketika lagu sedang dimainkan

 

Sedikit perkongsian mengenai program ini, objektif utama program ini diadakan adalah sebagai platform untuk mencungkil dan mengasah bakat serta keyakinan para pelajar, sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing, berfikiran kreatif serta kritis dan sentiasa bersemangat untuk menerapkan seni kebudayaan dan kesenian yang sihat dalam kalangan para mahasiswa UPM umumnya dan dalam kalangan warga KTDI khususnya.

Selain daripada itu, program berimpak tinggi ini juga diterima ramai, kerana mendapat sambutan yang sangat baik daripada para penonton yang datang dan mendapat pujian yang begitu memuaskan daripada pihak luar sejurus selepas program berlangsung.

Sesi menemu ramah artis jemputan oleh pengacara majlis

 

Kehadiran artis jemputan istimewa, Ewal Ismail juga merupakan salah satu akar umbi program ini berjalan dengan lancar, berikutan dengan bakat dan kebolehan beliau dalam industri muzik yang begitu terserlah kerana suara dan vokal beliau yang begitu lantang dan sedap didengar, ditambah pula dengan interaksi bersama penonton membuatkan para penonton sangat teruja untuk melihat persembahan daripada artis terkenal ini.

Akhir kata, saudara Mohamad Syakirin Mat Yunus, selaku pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa serta para penonton yang sudi hadir menggemparkan Dewan Sri Harmoni dengan semangat yang tinggi, dan tidak lupa juga sekalung apresiasi buat Ewal Ismail, kerana sudi menerima jemputan untuk membuat persembahan di pentas Kolej Tun Dr Ismail.

Date of Input: 20/06/2023 | Updated: 20/06/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcPAv~