SMART RAMADAN TITIK PENYATUAN UMMAH | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » SMART RAMADAN TITIK PENYATUAN UMMAH

SMART RAMADAN TITIK PENYATUAN UMMAH

OLEH: NURAQILAH ZAHIRAH BINTI ZAMZURI

 

Serdang, 13 Jun - Kelab Ikhwan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) Universiti Putra Malaysia dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI telah menganjurkan program SMART Ramadan yang telah bermula pada 22 Mac 2023 hingga 14 April 2023 yang lalu dan ia merupakan program tahunan bagi Kelab Ikhwan bersama pelajar-pelajar Kolej Tun Dr Ismail di bawah kelolaan Sekretariat Kerohanian, Keselamatan dan Kebajikan (3K). 

Di bawah program SMART Ramadan terdapat 5 subprogram yang telah pun dilaksanakan iaitu Solat Tarawih secara berjemaah, Rewang Bubur Lambuk, Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jama’ie dan Malam 7 Likur (pasang pelita) yang bertujuan khas untuk mengaplikasikan aktiviti-aktiviti kerohanian bagi membolehkan para pelajar untuk lebih menghayati bulan Ramadan pada tahun ini di kolej serta memupuk nilai istiqomah dalam kalangan mereka dalam melaksanakan amal kebaikan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Program SMART Ramadan dimulakan dengan Solat Tarawih di Dewan Sri Harmoni diikuti dengan Rewang Bubur Lambuk pada hari Sabtu,1 April 2023 yang bertempat di Dataran Melur dan dua jenis bubur lambuk telah disediakan oleh ahli jawatankuasa pelaksana bersama Felo KTDI iaitu bubur lambuk ayam dan daging dan seterusnya diedarkan secara percuma kepada warga KTDI. 

Sepanjang inisiatif program SMART Ramadan berlangsung terdapat juga pemasangan pelita di sekitar kawasan KTDI bagi menghidupkan lagi suasana bulan Ramadan di kolej.

Solat tarawih secara berjemaah yang diadakan di Dewan Sri Harmoni

 

Seterusnya, pada 10 April 2023 yang lalu, Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung dengan dimulakan dengan pengisian tazkirah yang bertajuk “Budaya Pemakanan Kita : Syukur vs Mudarat” oleh Ustaz Muhammad Norhisyam Bin Nordin daripada Pusat Islam UPM yang disampaikan setelah selesai Solat Tarawih dan diteruskan lagi dengan Khatam Al-Quran oleh pelajar KTDI yang dihadiri oleh para pelajar untuk turut sama berkongsi kegembiraan kerana dapat menyambut Ramadan di kolej dengan suasana yang meriah.

Suasana Majlis Khatam Al-Quran di Kolej Tun Dr Ismail

 

Akhir kata, program seperti ini amat baik untuk diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberikan impak kerohanian yang positif kepada setiap diri pelajar dan dapat membentuk serta memupuk sifat mahmudah dalam kalangan pelajar KTDI. 

Date of Input: 20/06/2023 | Updated: 20/06/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcPAV~