OLEH: HAMSARANEE SARAVANAN
SERDANG, 21 Januari – Unit Mahasiswa India (UMI), Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program “Ponggal Vizha 1.0” pada kali yang pertama pada 8 Januari 2023 bertempat di Dataran Melur, Kolej Tun Dr Ismail bertujuan menyambut salah satu perayaan agama Hindu iaitu Ponggal dalam kalangan ahli Unit Mahasiswa India, Kolej Tun Dr Ismail.
Selain itu, program ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif yang digariskan iaitu melatih mahasiswa agar dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain, menyediakan pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, memberi peluang kepada pelajar untuk menonjol bakat yang ada dalam diri pelajar dan membina jati diri yang kukuh dalam kalangan ahli UMI.
“Ponggal Vizha 1.0” telah melibatkan ahli Unit Mahasiswa India seramai 39 orang pelajar yang menghadiri program ini bagi memberi sokongan serta melancarkan pelaksanaan program yang dimulakan dengan membuat ponggal oleh barisan tertinggi program “Ponggal Vizha 1.0” manakala ahli jawatankuasa aktiviti telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik sementara menyediakan Ponggal iaitu Pertandingan Kolam, Uri adittal dan Kabadi Kabadi yang telah memeriahkan lagi suasana perayaan Ponggal, ditambah pula dengan penglibatan penuh daripada ahli-ahli UMI.
Pengarah program, Rajasri A/P Murugan dalam ucapannya menyatakan “Ribuan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa program serta ahli UMI yang telah hadir untuk menjayakan majlis ini dan besarlah juga harapan bahawa semua warga India KTDI yang telah menghadiri program “Ponggal Vizha 1.0” dapat mempelajari tradisi kaum India yang disambut secara turun temurun oleh seluruh masyarakat India”.
Majlis penutupan Program “Ponggal Vizha 1.0” diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli UMI dan dapat disimpulkan bahawa “Ponggal Vizha 1.0” telah mencapai kesemua objektif yang dinyatakan dengan komitmen daripada seluruh ahli UMI di KTDI.
Date of Input: 03/02/2023 | Updated: 03/02/2023 | farizaidi
Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 9769 7371