PUTHUMUGAM ARIMUGAM 2023: BERSAMA-SAMA MERAIKAN PONGGAL VIZHA 2.0 DENGAN UNIT MAHASISWA INDIA | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » PUTHUMUGAM ARIMUGAM 2023: BERSAMA-SAMA MERAIKAN PONGGAL VIZHA 2.0 DENGAN UNIT MAHASISWA INDIA

PUTHUMUGAM ARIMUGAM 2023: BERSAMA-SAMA MERAIKAN PONGGAL VIZHA 2.0 DENGAN UNIT MAHASISWA INDIA

PUTHUMUGAM ARIMUGAM 2023: BERSAMA-SAMA MERAIKAN PONGGAL VIZHA 2.0 DENGAN UNIT MAHASISWA INDIA

 

SERDANG, 7 Januari - Unit Mahasiwa India (UMI), Kolej Tun Dr Ismail telah menganjurkan Program ‘Ponggal Vizha 2.0’ 2024 di Dataran Melur, Kolej Tun Dr Ismail pada 7 Januari 2024 dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 petang untuk meraikan perayaan tersebut supaya dapat mengekalkan tradisi ini antara ahli-ahli Unit Mahasiswa India(UMI).

 

Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan ahli-ahli UMI serta memupuk minat pelajar baharu bagi memberi sumbangan kepada Kolej Tun Dr ismail pada masa hadapan.

 

Sesi menyediakan ponggal bagi Program Ponggal Vizha 2.0

 

Seramai 47 pelajar yang telah menghadiri program untuk bersama-sama meraikan program “Ponggal Vizha 2.0”, termasuk Alumni Unit Mahasiswa India, Kolej Tun Dr Ismail yang menghadiri program bagi memberi sokongan kepada pelajar UMI.

 

Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh ahli jawatankuasa untuk memeriahkan suasana perayaan program seperti Pertandingan Kabbadi Kabbadi, Mudiyum Anna Mudiyathu, Uri addital serta melibatkan pelajar dan Alumni UMI dalam program tersebut

 

Sesi bergambar bersama semua ahli UMI dan alumni UMI.

 

Pengarah program, Vaishnavi A/P Mohan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa, alumni serta para hadirin yang telah hadir untuk memeriahkan serta menjayakan program “Ponggal Vizha 2.0”.

 

Majlis penutupan Program “Ponggal Vizha 2.0” diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli UMI dan dapat disimpulkan bahawa “Ponggal Vizha 2.0” telah mencapai kesemua objektif yang dinyatakan dengan komitmen daripada seluruh ahli UMI di KTDI.

Date of Input: 02/05/2024 | Updated: 02/05/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFRNAS~