RAMADAN AL-MUBARAK KUNCI IBADAH MUSLIM | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » RAMADAN AL-MUBARAK KUNCI IBADAH MUSLIM

RAMADAN AL-MUBARAK KUNCI IBADAH MUSLIM

RAMADAN AL-MUBARAK KUNCI IBADAH MUSLIM

OLEH : ANIS SALWA BINTI AHMAD SALLEHIN

 

Serdang , 14 April - Kelab Ikhwan Kolej Tun Dr Ismail dan Sekretariat Kerohanian, Keselamatan dan Kebajikan (3K) dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Tun Dr Ismail telah berjaya menganjurkan program SMART Ramadan yang bermula pada 21 Mac 2024 hingga 3 April 2024.

 

Saban tahun, program SMART Ramadan ini merupakan program yang akan diadakan setiap kali bulan Ramadan tiba. Tujuan program ini diadakan agar para pelajar dapat mengisi bulan Ramadan yang penuh berkat dengan amal ibadah, di samping membantu memupuk semangat pelajar dalam aspek kerohanian.

 

Solat Tarawih secara berjemaah telah diadakan di Dewan Sri Harmoni bermula dari 21 Mac 2024 sehingga 3 April 2024. Solat Tarawih sebanyak 11 rakaat yang disertai 3 rakaat solat witir telah diimamkan oleh para pelajar lelaki Kolej Tun Dr Ismail. Seramai 41 orang peserta yang telah menyertai program Tadarus Al-Quran Perdana sepanjang program ini berlangsung.

 

 

               Solat tarawih secara berjemaah yang diadakan di Dewan Sri Harmoni.

 

Seterusnya, aktiviti rewang bubur lambuk yang diketuai oleh felo kolej iaitu Cik Nor Syazila Abdul Rahim telah diadakan di sekitar Dataran Melur. Program ini telah bermula seawal jam 9

 

pagi dan selesai pada jam 5 petang. 2 jenis bubur lambuk iaitu bubur lambuk ayam dan bubur lambuk daging telah berjaya diedarkan kepada semua warga Kolej Tun Dr Ismail.

 

Program Malam 7 Likur turut diadakan bagi memeriahkan suasana malam di sekitar blok kediaman Kolej Tun Dr Ismail. Pemasangan lampu pelita dan hiasan raya yang dipasang mengikut blok telah dinilai oleh beberapa orang felo kolej, blok yang paling meriah dan kreatif akan menerima hadiah semasa majlis penutupan SMART Ramadan.

 

Majlis Penutupan SMART Ramadan telah berlangsung pada malam 3 April 2024 selepas menunaikan Solat Tarawih berjemaah. Majlis tersebut diteruskan dengan Program Khatam Al-Quran yang disertai seramai 19 orang peserta lelaki. Selepas itu, Majlis Penutupan telah

dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Dr. Mohd Hafiz Bin Mohd Zaid yang sekaligus merasmikan sesi penyampaian hadiah.

 

 

Majlis Penutupan SMART Ramadan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pelajar.

 

Akhir kata, Program SMART Ramadan Kolej Tun Dr Ismail sempena Ramadan 1445 H/2024 adalah wajar diteruskan kerana program ini dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kelebihan beribadah di bulan Ramadan yang mulia serta dapat merapatkan ukhuwah sesama warga Kolej Tun Dr Ismail.

Date of Input: 30/04/2024 | Updated: 30/04/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFRXAt~