Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) merupakan antara kolej yang terawal dibina dikampus UPM Serdang. KTDI yang dahulunya terkenal dengan jolokan "Third" yang bermaksud 'ketiga' merupakan kolej ketiga dibangunkan selepas Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Kedua. Selari dengan visi dan misi universiti, Kolej Tun Dr. Ismail berusaha menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif.
Kolej Tun Dr. Ismail mempunyai 8 buah blok (6 blok perempuan dan 2 blok lelaki) dengan kapasiti bilik yang boleh diisi adalah sebanyak 327 buah bilik bagi muatan 2 orang sebilik yang dikhususkan kepada semua pelajar yang menginap di kolej.
Penginapan yang disediakan juga dibuka untuk penyewaan oleh pihak luar. Kadar bayaran untuk setiap penginapan adalah berbeza mengikut kategori. Kadar bayaran adalah seperti berikut :
Bil
Kategori
Kadar bayaran
1.
Pelajar UPM, IPTA dan Sekolah
RM 4.00 /seorang/bilik
RM10.00 (penggunaan bantal, sarung bantal & cadar untuk sekali penggunaan)
2.
Pelajar Pasca Siswazah (Tempatan)
RM 11.00/seorang/bilik
RM 5.50/2 orang/bilik
3.
Pelajar Antarabangsa
RM 18.00/seorang/bilik
RM 9.00/2 orang/bilik
4.
Agensi luar
RM10.00/2 orang/bilik
RM 15.00 (penggunaan bantal, sarung bantal & cadar sekali penggunaan).
Sumber : Minit 417.05 (v)(b) JPU UPM bertarikh 02.11.2011
BAKAL PELAJAR
CARA MEMOHON
Permohonan kemasukan ke UPM bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.
Pemohon boleh melayari Laman Web https://upu.mohe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenai disiarkan dalam akhbar utama tempatan.
Prihatin dan hulur sokongan bantu individu kurangkan tekanan perasaan
Dalam meniti kehidupan seharian, sudah pastinya terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan ada kalanya terdapat situasi yang memberikan tekanan hebat sehingga menimbulkan perasaan yang tidak selesa dalam diri seseorang
Wishing you a joyful Chinese New Year 2026. May you stride into the year ahead with the grace of a horse, the courage to chase your dreams, and the strength to overcome ever challenge. Gong Xi Fa Cai!