UTAMA | KOLEJ TUN DR ISMAIL

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) merupakan antara kolej yang terawal dibina dikampus UPM Serdang. KTDI yang dahulunya terkenal dengan jolokan "Third" yang bermaksud 'ketiga' merupakan kolej ketiga dibangunkan selepas Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Kedua. Selari dengan visi dan misi universiti, Kolej Tun Dr. Ismail berusaha menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif.

Kolej Tun Dr. Ismail mempunyai 8 buah blok  (6 blok  perempuan dan 2 blok lelaki) dengan kapasiti bilik yang boleh diisi adalah sebanyak 327 buah bilik bagi muatan 2 orang sebilik yang dikhususkan kepada semua pelajar yang menginap di kolej. 

 

Penginapan yang disediakan juga dibuka untuk penyewaan oleh pihak luar. Kadar bayaran untuk setiap penginapan adalah berbeza mengikut kategori. Kadar bayaran adalah seperti berikut :

 

Bil

Kategori

Kadar bayaran

1.

Pelajar UPM, IPTA dan Sekolah

RM 4.00 /seorang/bilik

RM10.00 (penggunaan bantal, sarung bantal & cadar untuk sekali penggunaan)

 

2.

Pelajar Pasca Siswazah (Tempatan)

RM 11.00/seorang/bilik

RM 5.50/2 orang/bilik

 

3.

Pelajar Antarabangsa

RM 18.00/seorang/bilik

RM 9.00/2 orang/bilik

 

4.

Agensi luar

RM10.00/2 orang/bilik

RM 15.00 (penggunaan bantal, sarung bantal & cadar sekali penggunaan).

 

 

 Sumber : Minit  417.05 (v)(b) JPU UPM bertarikh 02.11.2011

BAKAL PELAJAR

 

CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan ke UPM bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia. 

Pemohon boleh melayari Laman Web http://upu.moe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenai disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

artikel
MYSEJAHTERA AKTIFKAN SEMULA UNTUK PENGAWASAN CACAR MONYET
KUALA LUMPUR, 26 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk pengawasan cacar monyet mulai esok, kata Khairy Jamaluddin, di tengah penularan penyakit berjangkit yang jarang membawa maut itu di beberapa negara. Menteri kesihatan berkata ciri baharu pada aplikasi mudah alih Covid-19 kerajaan termasuk amaran untuk pengembara yang tiba di Malaysia dari negara yang endemik monkeypox atau di mana kes telah disahkan.
MYSEJAHTERA AKTIFKAN SEMULA UNTUK PENGAWASAN CACAR MONYET
Pusat Perhubungan Alumni telah menyediakan Bingkai Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM kepada alumni
Pusat Perhubungan Alumni telah menyediakan Bingkai Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM kepada alumni
Virus Koronavirus
Virus Koronavirus
Artikel-artikel lain...
berita
BASTEB SIRI 1.0 UPM : MISI MEMPERKASA AGENDA ETNIK SABAH DAN SARAWAK
BASTEB SIRI 1.0 UPM : MISI MEMPERKASA AGENDA ETNIK SABAH DAN SARAWAK
SERDANG, 20 Disember – Buat julung kalinya, Bengkel Asas Seni Tari Etnik Borneo (BASTEB) Siri 1.0 UPM anjuran Unit Mahasiswa Borneo (UMB), Sekretariat Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2022/2023 bersama Persatuan Kebajikan Anak Sarawak (PERKASA SARAWAK) dan Sazau Sunduvan Za di anjurkan di Universiti Putra Malaysia.
pengumuman

Adalah dimaklumkan cuti pertengahan semester sesi 2022/2023 akan bermula dari 13 Februari 2023 (Isnin) hingga 12 Mac 2023 (Ahad) selama empat mingggu. Sehubungan dengan itu para pelajar dinasihatkan mengikut peraturan dan pekeliling cuti seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Tun Dr Ismail.

Pekeliling Cuti Antara Semester 2022/2023

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
twitter.png
insta.png
BWDXAA:00:40