Koronavirus adalah virus yang sering terjadi pada spesis haiwan. Ianya amat jarang untuk manusia terjangkit. Akan tetapi dengan berita baru-baru ini, menunjukkan yang ianya mulai menjangkiti manusia. Perkara ini mungkin disebabkan virus ini mula berevolusi dan tersebar kepada manusia.
Dua coronavirus - sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) dan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) - jauh lebih teruk, setelah membunuh lebih daripada 1,500 orang di antara mereka sejak tahun 2002.
Virus baru, yang dikenali sebagai Wuhan coronavirus (2019-nCoV), juga lebih berbahaya. Setakat ini, sekitar 15 hingga 20 peratus kes hospital telah dikelaskan sebagai "teruk" dan kadar kematian semasa berada pada kira-kira dua peratus.
Umumnya, novel coronavirus adalah kumpulan virus yang berasal dari haiwan dan tidak pernah dijumpai pada manusia sehingga kini. Simptom-simptom tersebut juga serupa dengan penyakit pernafasan yang lain seperti selesema. Menurut NHS dan WHO, simptom-simptom coronavirus kebiasaannya termasuk:
Sama seperti selesema, novel coronavirus merebak melalui titisan apabila seseorang batuk atau bersin. Titisan tersebut kemudiannya merebak ke mana-mana permukaan dan lalu disentuh pula oleh orang lain. Individu akan dijangkiti virus tersebut apabila mereka menyentuh bahagian mulut, hidung dan mata dengan tangan yang telah dijangkiti. Justeru itu, adalah amat penting untuk anda sentiasa menjaga kebersihan tangan lagi-lagi setelah berada di tempat awam.
Secara am, individu dari semua peringkat umur berisiko untuk dijangkiti novel coronavirus. Tambahan pula, suruhanjaya kesihatan Wuhan telah memaklumkan dalam satu kenyataan di mana 60 kes baru-baru ini melibatkan individu berumur antara 15 hingga 88 tahun. Malah, individu yang mempunyai imun sistem yang lemah turut berpotensi untuk dijangkiti novel coronavirus.
Kebersihan tangan adalah pertahanan yang pertama dan paling penting.
Virus disebarkan melalui titisan apabila seseorang batuk atau bersin. Manusia menangkap virus apabila mereka menyentuh tangan mereka yang dijangkiti ke mulut, hidung atau mata mereka.
Antara cara mencegah dari dijangkiti novel coronavirus paling utama sekali adalah dengan menjaga kebersihan tangan anda pada setiap masa. Selain dari menggunakan hand sanitiser, anda disarankan juga untuk kerap membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih. Selain itu, elakkan daripada kerap menyentuh bahagian muka seperti mulut, hidung dan mata di mana kita sering melakukannya tanpa sedar.
Cara pencegahan yang lain termasuk:
Tarikh Input: 25/11/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | farizaidi
Kolej Tun Dr. Ismail. Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 9769 7371