ANUGERAH KHAS ELEMEN KREATIVITI ALAM SEKITAR PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022 | KOLEJ TUN DR ISMAIL
» BERITA » ANUGERAH KHAS ELEMEN KREATIVITI ALAM SEKITAR PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022

ANUGERAH KHAS ELEMEN KREATIVITI ALAM SEKITAR PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022

TAHNIAH KTDI:

“ANUGERAH KHAS ELEMEN KREATIVITI ALAM SEKITAR PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022 ANJURAN PUSAT KEBUDAYAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

 

Serdang, 6 September 2022-Dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan UPM telah menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ. Kolej Tun Dr. Ismail adalah salah satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang bersama-sama dalam usaha menyahut cabaran dalam menyertai pertandingan kibar jalur gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tersebut. 

 

Dengan membawakan tema menggunakan barang-barang kitar semula pihak kolej dengan keupayaan sumber manusia yang terhad telah dapat menghasilkan bendera gergasi menggunapakai bekas makanan terpakai, straw serta payung lama untuk dijadikan bendera serta payung hiasan bertemakan jalur gemilang. Bendera serta payung ini telah diletakkan di lokasi yang strategik iaitu di tempat penggantung serta laman alam di hadapan blok Kalui bagi menarik perhatian dan menyematkan semangat kemerdekaan kepada semua.

 

 

 

Hasil usaha jaya dan kesungguhan yang ditunjukan oleh semua staf pentadbiran telah membuahkan hasil apabila KTDI telah dianugerahkan “Anugerah Khas Elemen Kreativiti Kitar Semula” pada 6 September 2022 yang lalu. Plak serta sijil penghargaan telah diserahkan oleh Yang Berusaha Tuan Pendaftar,UPM di Panggung Percubaan, UPM. Tahniah diucapkan. Semoga semangat ini akan terus membara dan membawa lebih kejayaan di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 07/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | farizaidi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TUN DR ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFFAAj~