OLEH : NOR AMNI SHAHIRA CIK LAH
SELANGOR, 11 Mac - Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepemimpinan SmartLead 2023 yang bermula pada 6 Mac sehingga 11 Mac 2023. Kursus ini diadakan secara dua fasa iaitu bertempat di Kolej Tun Dr Ismail manakala fasa kedua bertempat di Kem Idaman Nurani 1, Hulu Langat, Selangor.
Seramai 167 orang pelajar KTDI telah menghadiri sesi temuduga bersama barisan Felo KTDI dan Majlis Perwakilan Kolej secara fizikal namun seramai 66 orang pelajar sahaja yang terpilih untuk menghadiri Kursus Kepemimpinan SmartLead 2023. Kursus ini bertujuan untuk mencari pelapis-pelapis baharu bagi pimpinan Majlis Perwakilan Kolej KTDI sesi yang akan datang disamping dalam usaha untuk mencungkil bakat kepemimpinan dalam diri setiap peserta dan mengembangkan Kemahiran Insaniah (KI) dalam kehidupan mereka.
Matlamat utama kursus ini juga adalah untuk membina ketahanan mental yang tinggi dalam diri peserta dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran yang mendatang dan membantu mereka untuk berfikir secara kritis dan rasional dan jelas bahawa kursus ini berjaya memberikan impak yang positif kepada para peserta apabila modul yang disediakan berjaya mencapai objektif dan meningkatkan tahap kemahiran insaniah mereka
Pengarah Kursus Kepemimpinan SmartLead 2023, saudara Farid Rozali memberikan pesanan yang amat bermakna kepada semua peserta pada majlis pembukaan, “Jangan cepat putus asa dan jangan takut untuk melakukan kesalahan kerana ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran”, katanya.
Kursus ini melabuhkan tirai pada 20 Mac 2023 dengan harapan daripada Pihak Pengurusan Kolej serta Majlis Perwakilan Kolej, KTDI supaya kesemua 66 orang peserta kursus ini dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian mereka sekaligus menjadi generasi yang menjadi medium penerus kepada moto harapan kolej iaitu “Juara Dambaan Warga” Kolej Tun Dr Ismail pada masa yang akan datang.
Akhir kata, kursus ini adalah wajar untuk diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya bagi memastikan semua warga kolej pada masa akan datang mendapat input yang sama malahan lebih baik dan dapat digunakan sebagai seorang pelajar dan masyarakat walaupun sudah bergelar alumni kolej dan dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang didapati ketika menghadapi dunia luar kelak
Tarikh Input: 20/06/2023 | Kemaskini: 20/06/2023 | farizaidi
Kolej Tun Dr. Ismail. Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 9769 7371