KURSUS PENDEDAHAN REKREASI 2024 | KOLEJ TUN DR ISMAIL
» BERITA » KURSUS PENDEDAHAN REKREASI 2024

KURSUS PENDEDAHAN REKREASI 2024

KURSUS PENDEDAHAN REKREASI 2024  Oleh : NURYN SYAZWA BINTI SALEHUDDIN 

1 Jun - Sekretariat Rekreasi dan Kelestarian Hijau (REKS) telah melaksanakan Kursus Pendedahan Rekreasi 2024 (KPR'24 ) yang merupakan program tahunan bagi REKS dengan penglibatan seramai 91 orang peserta.

 

Objektif kursus in adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi dan berkongsi pengetahuan serta keperluan asas yang diperlukan semasa menjalani aktiviti rekreasi dan pada kali ini, program KPR'24 dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa 1 yang dijalankan di sekitar Kolej Tun Dr Ismail, UPM manakala bagi fasa 2 yang dijalankan di Awatif Campsite, Pulau Perhentian, Terengganu.

 

Peserta diberi pendedahan berkaitan

cara mengikat tali dengan betul.

 

Fasa 1 telah dijalankan selama 2 hari 1 malam di sekitar kawasan Kolej Tun Dr Ismail, UPM yang dimulai dengan aktiviti pertama yang dijalankan dengan persediaan tempat dan khemah dan diteruskan dengan sesi Ice Breaking, Malam Burung Hantu dan diakhiri dengan Malam Unggun Api kemudian sepanjang fasa 1 dijalankan, peserta jugak didedahkan dengan cara pemasangan khemah dengan betul dan kemahiran asas untuk hidup di kawasan rekreasi.

 

KPR fasa 2 telah dijalankan selama tiga hari dua malam di Pulau Perhentian, Terengganu dimana para peserta bersama ahli jawatankuasa dan diiringi oleh dua orang pegawai pengiring Kolej Tun Dr Ismail iaitu Cik Erra Noorfazira Bandong telah bertolah dari KTDI pada 30 Mei 2023, jam 10 malam.

 

Taklimat tentang keselamatan, peraturan dan larangan ketika berada di kawasan kem telah

diberikan sebelum peserta bergerak ke menaiki bas ke lokasi kemudian setelah tiba, para peserta diminta untuk memasang khemah, makan, solat serta melakukan persiapan diri bagi melakukan aktiviti pertama yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa iaitu The Amazing Race KPR.

 

Semua peserta sebelum aktiviti

mendaki dan snorkelling.

 

Seterusnya, pada sebelah malam telah berlangsungnya aktiviti Masterchef KPR dimana para peserta akan memasak mengunakan bahan bahan yang dimenangi sewaktu permainan The Amazing Race KPR yang berlangsung pada malam sebelumnya dimana antara bahan bahan yang dipertandingankan adalah mee kering, bawang, sos cili dan minyak masak oleh itu aktiviti ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk berfikir secara kritis untuk membuat hidangan dengan mengunakan bahan masakan yang terhad.

 

Pada hari kedua, 31 Mei 2023, hari dimulakan dengan aktiviti snorkeling dan hiking dimana para peserta dibahagikan kepada dua group, terbahagi kepada sesi pagi dan petang kemudian dimulai dengan aktiviti hiking ini berjaya diatasi oleh para peserta kerana ianya memerlukan day akekuatan dan stamina yang tinggi untuk mendaki seterusnya hari tersebut diteruskan dengan aktiviti malam kebudayaan dan Campfire dimana aktiviti ini dapat memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi cerita dan pengalaman hidup mereka kepada para peserta yang lain telah dijalankan setelah usai.

 

Pada hari terakhir, KPR diakhiri dengan aktiviti explorace dan aktiviti ini memerlukan peserta untuk mengunakan kemahiran berfikir dan stamina yang ditinggi untuk mencari petunjuk yang diberikan oleh ahli jawatankuasa aktiviti dan mengunakan petunjuk itu untuk mencari ahli jawatankuasa tersembunyi.

 

Secara keseluruhannya, dengan pelaksanaan kursus ini bukan sahaja dapat menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semula jadi bahkan kursus ini turut memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah mahasiswa dalam

usaha untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional.

Tarikh Input: 09/07/2024 | Kemaskini: 09/07/2024 | farizaidi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TUN DR ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1397
-
W, (05:18:39am-05:23:39am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]