MPK KTDI ANJUR PELBAGAI AKTIVITI PEMBANGUNAN JATI DIRI SISWA DI NORMA BAHARU
Oleh Nur Sahira Faghira Tahrir Adli
SERDANG, 5 Okt – Penularan pandemik COVID-19 sejak meletus di China pada awal tahun ini, masih menghantui kehidupan masyarakat dunia dengan usuh yang berbahaya COVID-19 telah menjangkiti beratus-ratus ribu orang. Sehingga kini vaksin masih belum tersedia, dan kerajaan sering mengingatkan rakyat agar mempraktikkan jarak sosial, mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat, menggunakan sanitizer, mengelakkan berjabat tangan, memerhatikan etika batuk dan bersin dan memakai pelitup muka untuk mencegah penyebaran virus.
COVID-19 telah menjejaskan sektor pendidikan tinggi negara dengan serius. Bersama dengan inisiatif kerajaan, pihak pengurusan tertinggi universiti dan kolej-kolej telah mengambil tindakan sistematik dengan pantas dalam menerapkan strategi krisis untuk melindungi pihak yang berkepentingan iaitu para pelajar. Pembangunan sahsiah dan peningkatan jati diri pelajar IPT wajar diteruskan dengan norma baharu menerusi pelbagai strategi yang diatur.
Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (MPK KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu selesai mengikuti program Bengkel Pemantapan Organisasi dan Induksi (BPO) baru-baru ini dengan melibatkan 58 peserta telah sedia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berkonsepkan maya sepanjang program pembelajaran dalam talian seiring dengan kemasukan pelajar baharu bagi sesi pengajian 2020/2021.
Pada semester ini, kemasukan pelajar baharu ke kampus ditangguhkan, namun segala usaha pengajaran-pembelajaran dan pembangunan sahsiah pelajar diteruskan mengikut keperluan dan keadaan semasa yang pastinya pendekatan secara online akan dilaksanakan sebaiknya.
Presiden MPK KTDI, Habibuzzikri Ajeman berkata antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam talian termasuklah pendaftaran pelajar, program orientasi kolej, Majlis Amanat Pengetua, sistem keserakanan (buddies) mengikut tingkat blok kolej, bual bicara santai bersama Ikon-ikon Alumni KTDI dan juga beberapa pertandingan yang lain .
BPO KTDI 2020 kali ini telah memberikan pendedahan kepada barisan MPK berkaitan kemahiran perancangan dan pengurusan program pelajar di kolej. Manakala US KTDI mampu merapatkan jalinan ukwah antara pelajar baharu dan lama kolej melalui pengisian pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan antara gabungan aras walupun dilaksanakan secara online pada kali ini.
Penganjuran SMARTLEAD KTDI sejak semester lepas, akan juga diteruskan bagi berbentuk kepimpinan bagi mencari bakal kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Kolej. Sementara itu WOW KTDI 2020/2021 merupakan program berbentuk karnival gabungan seluruh sekretariat MPK turut melibatkan aktiviti secara maya.
“Penglibatan pelajar kolej dalam program dalam talian ini diwajibkan dan diadakan meneruis aplikasi Google Meet, Zoom, Youtube, FAcebook live, dan juga Instagram (ig) live.
Sewaktu PKP yang lalu, pihak kolej menerusi bantuan MPK telah Berjaya menganjurkan pelbagai akticiti pelajar secara online (maya) dan mendapat sambutan di luar dugaan dengan penglibatan pelajar lokasi seluruh negara.
“Kami mendapat input yang memberangsangkan daripada pelajar terhadap program ini yang diadakan secara interaktif. Dengan itulah pada semester ini, MPK KTDI meneruskan pelbagai aktiviti secara maya mengikut keperluan semasa”, katanya.
Pengetua KTDI, Prof. Dr. Sidek Abdul Aziz menegaskan walaupun kemasukan pelajar ke kampus ditangguhkan, KTDI akan terus memastikan pelajar kolej merasai keseronokan dan jiwa mereka terasa ‘dekat’ dengan kolej dengan pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar diteruskan dengan cabaran norma baru kini.
“Selari dengan falsafah KTDi iatu kepelbagaian diraikan, kecemerlangan diciptakan, pihak pengurusan kolej akan sentiasa menyokong penuh pelbagai kegiatan pelajar walaupun secara online.
“Saya pasti menerusi penganjuran tersebut, bakat kepimpinan para pelajar kolej akan terus dapat dibentuk dan dipertingkat dengan kreativiti dan inovasi tersendiri terutama sewaktu PKPP sehingga 31 Disember 2020 ini”, ujarnya.
Tarikh Input: 14/10/2020 | Kemaskini: 14/10/2020 | sidek
Kolej Tun Dr. Ismail. Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 9769 7371