OLEH: BATRISYIA NASIR
SERDANG, 15 APRIL 2023 – Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Outfit Of The Day Raya (OOTD Raya) pada 15 April 2023 bertempat di Dewan Sri Siantan, Kolej Tun Dr Ismail.
Program OOTD Raya ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan keakraban dalam kalangan barisan pihak pengurusan, barisan felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail menerusi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di samping turut memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain serta dapat mencipta kenangan manis menyambut Ramadhan dan syawal bersama-sama di kolej.
Sesi aktiviti santai dan pelbagai persembahan turut dijalankan oleh felo-felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail untuk mengeratkan hubungan sesama barisan pihak pengurusan, felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, rasa kasih sayang dan sifat kekeluargaan dapat diterapkan.
Program OOTD Raya diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi di antara barisan pihak pengurusan, felo-felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail. Akhir kata, Program Outfit Of The Day Raya wajar diteruskan untuk menyemarakkan semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan pihak pengurusan, felo-felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail.
Tarikh Input: 20/06/2023 | Kemaskini: 20/06/2023 | farizaidi
Kolej Tun Dr. Ismail. Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 9769 7371