PENILAIAN KENDIRI AKHIR AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | KOLEJ TUN DR ISMAIL
» BERITA » PENILAIAN KENDIRI AKHIR AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PENILAIAN KENDIRI AKHIR AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PENILAIAN KENDIRI AKHIR AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA BERSEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2022.

 

SERDANG, 7 Oktober 2022 – Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) telah terpilih antara 7 PTJ yang telah disenarai akhir dalam kategori bilangan pekerja berskala rendah bagi Penilaian Kendiri Amalan Persekitaran Berkualiti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) hasil dari penilaian kendiri yang telah dilaksanakan pada 13 September 2022 yang lalu. Penilaian akhir ini  telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2022 (Selasa) melibatkan dua (2) orang Panel Penilai yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM dan terdiri dari fasilitator EKSA UPM. Panel Penilai tersebut ialah Puan Nurainakmal  Kamal Bahrin dari Pusat Pertanian Putra  dan  Encik Mohd  Sahrizan Md Yatim dari Pusat Perhubungan dan Alumni.

 

Penilaian Kendiri Akhir EKSA ini dimulakan pada jam 2.30 petang dengan ucapan kata-kata aluan oleh Yang Dihormati, Puan Norshahilda Md Shahril, Pegawai Tadbir KTDI. Pembentangan ringkas berkaitan Pelaksanaan EKSA oleh Puan Norshahilda Md Shahril juga selaku  Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana EKSA  bermula sejurus selepas itu. Penilai juga mula ke beberapa lokasi dan ruang di KTDI yang terlibat dengan EKSA bermula sejurus selepas pembentangan dan sesi tersebut berakhir pada jam  4.30 petang. Penutup ringkas dan juga cadangan penambahbaikan telah dibentangkan pada jam 4.40 petang oleh penilai.

 

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panel Penilai, pihak pengurusan KTDI, AJK Pelaksana EKSA KTDI dan seluruh warga KTDI atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingan. Semoga amalan pembudayaan EKSA di KTDI  berterusan dan bukan berfokuskan penilaian serta kemenangan semata-mata.

 

 

 

Tarikh Input: 08/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | farizaidi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TUN DR ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFETAi~