PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | KOLEJ TUN DR ISMAIL
» BERITA » PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

PROGRAM PENILAIAN KENDIRI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA BERSEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) UPM 2022.

 

SERDANG, 13 September 2022 – Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) telah mengadakan Program Penilaian Kendiri Amalan Persekitaran Berkualiti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan melibatkan dua (2) orang Panel Penilai yang dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM. Panel Penilai tersebut ialah Puan Norsazila Maulat Mohd Sani dari Pusat Pembangunan dan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan serta Cik Maizatul Akmam Mohd Azmi dari Fakulti Sains.

 

Program Penilaian Kendiri itu dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Aminuddin bin Hassan (Pengetua Kolej) dan taklimat Pelaksanaan EKSA ringkas oleh Puan Norshahilda Md Shahril, Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana EKSA pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Sesi Audit EKSA pada jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang ke beberapa lokasi di kolej.

 

 

Tujuan Program Penilaian Kendiri itu adalah untuk saringan ke peringkat akhir bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Sebanyak tujuh (7) PTJ mengikut kategori yang layak ke peringkat akhir akan dinilai sekali lagi oleh panel penilai terlatih yang dilantik oleh pihak CQA pada akhir September atau awal bulan Oktober 2022.

 

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panel Penilai, pihak pengurusan KTDI, AJK Pelaksana EKSA KTDI dan seluruh warga KTDI atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingan. Semoga amalan pembudayaan EKSA di KTDI  berterusan dan bukan berfokuskan penilaian serta kemenangan semata-mata.

 

 

 

Tarikh Input: 07/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | farizaidi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TUN DR ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFFBAD~