UPCYCLE OASIS 2024: HIJAUKAN BUMI KTDI | KOLEJ TUN DR ISMAIL
» BERITA » UPCYCLE OASIS 2024: HIJAUKAN BUMI KTDI

UPCYCLE OASIS 2024: HIJAUKAN BUMI KTDI

UPCYCLE OASIS 2024: HIJAUKAN BUMI KTDI

 

19 Mei 2024 - Sekretariat Rekreasi dan Kelestarian Alam Sekitar berganding bahu dengan Sekretariat Pertanian Lestari dalam satu tujuan yang sama untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menceriakan kawasan terbiar yang terletak di belakang Dataran Melur, Kolej Tun Dr. Ismail.. Program ini yang dinamakan “Upcycle Oasis” terbahagi kepada dua fasa, di mana Fasa 1: Jom Kitar Semula diadakan pada setiap petang bermula 22 April sehingga 5 Mei 2024. Fasa ini berfokuskan pengumpulan barangan kitar semula manakala Fasa 2: Taman Botani KTDI yang berlangsung pada 19 Mei 2024 adalah aktiviti menanam tanaman herba dan menceriakan kawasan tersebut.

 

Sesi bergambar bersama Dr Hafiz dan En Aiman

 

Program bermula seawal jam 8:30 pagi dengan kehadiran 30  ahli Sekretariat Rekreasi dan Kelestarian Alam Sekitar dan Sekretariat Pertanian Lestari  yang bersemangat dan bersedia untuk memulakan aktiviti. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid dan diteruskan dengan sesi ceramah ringkas berkaitan penanaman pokok herba oleh Encik Muhammad Aiman bin Mohd Anuar, Pegawai Pertanian Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia.

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilakukan termasuk membersihkan kawasan, menanam pelbagai pokok herba seta mengecat laluan sepanjang Taman Botani KTDI. Selain itu, beberapa pelajar turut menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan hiasan menarik daripada botol-botol yang dikumpul semasa fasa 1 program. Hiasan tersebut telah diletakkan bagi lebih menceriakan lagi kawasan tersebut.

 

 

Taman Botani KTDI

 

Program ini turut mendapat sokongan daripada Pusat Pertanian Putra yang berbesar hati memberi pelbagai pokok herba seperti misai kucing, serai aceh, lidah buaya, pudina dan sebagainya berjumlah 30 pokok untuk ditanam di kawasan Taman Botani KTDI.

 

Program Upcycle Oasis adalah satu contoh bagaimana inisiatif pelajar boleh mengubah kawasan terbiar menjadi ruang yang bermanfaat dan menarik. Dengan sokongan dan usaha berterusan, matlamat menjadikan Taman Botani KTDI sebagai tempat yang lebih baik untuk warga kolej semakin menjadi kenyataan.

 

Akhir kata, semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi membentuk pelajar yang cintakan alam sekitar dan mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan mereka di kampus.

Tarikh Input: 18/06/2024 | Kemaskini: 18/06/2024 | farizaidi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TUN DR ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1397
-
X, (05:18:09am-05:23:09am, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]