MPK merupakan perancang dan pelaksana aktiviti secara tersusun dan berjadual (Kalendar aktiviti) pada setiap sesi kemasukan pelajar.
Tempoh pelantikan mereka selama 1 tahun dan mengikut sesi pengajian. MPK dikendalikan oleh Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, Ketua Blok dan Exco-Exco.
Pemilihan MPK adalah berdasarkan panduan seperti berikut :
- Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu sesi pengajian.
- Calon pernah menyertai mana-mana kursus/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej atau universiti.
- Calon mempunyai sekurang-kurangnya CGPAS 2.75 ke atas kecuali pelajar perubatan dan kes-kes tertentu CGPA 2.5 dan juga tertakluk kepada budi bicara pengetua.
- Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
- Calon tidak terikat dengan latihan industri kecuali Pelajar Perubatan.
- Pemilihan dan kelulusan dibuat oleh pihak pengurusan Kolej.
- Kriteria pemilihan setiap jawatan dalam MPK akan ditentukan berdasarkan penilaian yang dibuat oleh felo dan pihak pengurusan kolej.
Sumber : Garis Panduan Pemilihan Majlis Perwakilan Kolej (UPM/KK/TAD/GP05) bertarikh 02.01.2015
Updated:: 14/05/2026 [farizaidi]
MEDIA SHARING