Sejarah Penamaan Kolej Tun Dr Ismail (KKTDI) UPM | KOLEJ TUN DR ISMAIL
» ARTIKEL » Sejarah Penamaan Kolej Tun Dr Ismail (KKTDI) UPM

Sejarah Penamaan Kolej Tun Dr Ismail (KKTDI) UPM

Sejarah Penamaan Kolej Tun Dr Ismail (KKTDI) UPM

Kolej Tun Dr. Ismail sebelum ini dikenali sebagai Kolej Kediaman Ketiga bagi tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1975 hingga tahun 1995.

Semasa Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim menjadi Naib Canselor UPM, beliau telah mengarahkan supaya kolej-kolej kediaman diberikan nama baharu.

Oleh itu, Dato’ Dr. Idris Abdol selaku Pengetua Kolej pada ketika itu menyahut cabaran dan menjadi kolej kediaman pertama di UPM yang mempunyai nama baharu iaitu Kolej Tun Dr Ismail.

Mengikut penceritaan pengalaman Dato’ Idris Abdol, beliau sendiri telah memohon kebenaran daripada isteri Tun Dr Ismail, iaitu Toh Puan Norasyikin Ismail untuk memartabatkan nama Tun Dr. Ismail sebagai nama baharu Kolej Ketiga.

Dengan bersaksikan Presiden Kolej Tun Dr. Ismail bagi sesi 1995/1996, iaitu Saudara Shahrudin Mahadi, mereka telah pergi ke Makam Pahlawan untuk meziarahi pusara Tun Dr. Ismail,  membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan bertahlil sebagai tanda memohon restu bagi penggunaan nama Allahyarham Tun Dr. Ismail sebagai nama kolej.

Nama Kolej Tun Dr. Ismail telah dirasmikan oleh T.Y.T Tun Dato’ Seri (Dr) Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir, Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada 23 Mac 1995.

Sejak dari itu, Kolej Tun Dr. Ismail terus cemerlang dan menjadi kolej terbaik antara yang terbaik seiring dengan sifat dan teladan yang dicontohi dan disegani dalam diri Tun Dr. Ismail.

Kemudian, pada tahun 1997, Toh Puan Norashikin telah dinobatkan sebagai patron (penaung) kepada Kolej Tun Dr. Ismail oleh Naib Cancelor UPM iaitu Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin.

Bukti berkenaan penghormatan kepada KTDI ini telah dipatrikan dalam keratan akhbar New Strait Times, 27 March 1997 (22 tahun yang lalu).

Tarikh Input: 08/05/2020 | Kemaskini: 24/06/2020 | farizaidi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TUN DR ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXETQAu~