BEACH PLOGGING 2023 : PUPUK SEMANGAT WORLD ENVIRONMENT DAY | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » BEACH PLOGGING 2023 : PUPUK SEMANGAT WORLD ENVIRONMENT DAY

BEACH PLOGGING 2023 : PUPUK SEMANGAT WORLD ENVIRONMENT DAY

OLEH : NUR FARHANA BINTI MOHD SHUKRI

 

SERDANG, 28 Mei - Sekretariat Rekreasi, Pertanian Dan Kelestarian Hijau, Kolej Tun Dr Ismail, UPM telah mengadakan program Beach Plogging 2023 bertempat di International Institute of Aquaculture and Aquatic Science ( I-AQUAS), UPM yang melibatkan seramai 80 orang peserta dan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar KTDI dan juga beberapa peserta daripada kolej lain yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan sempena menyahut semangat World Environment Day disamping menghayati kelestarian alam. 

Program ini dimulakan dengan majlis perasmian yang didahului dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan pengarah program iaitu saudari Nazathul Syazliyana binti Khairul yang menurutnya, “Tema World Environment Day 2023 pada tahun ini iaitu Beat Plastic Pollution di mana pembersihan pantai yang dijalankan menjadi simbolik keharmonian hidup secara lestari selaras dengan alam semula jadi yang mana kita tahu kampus UPM terkenal dengan kampus hijau”, lalu majlis diteruskan lagi dengan ucapan felo jemputan, Encik Muhd Norsyafiq bin Othman yang seterusnya merasmikan program Beach Plogging 2023.

Majlis perasmian Beach Plogging 2023

 

Program ini diteruskan dengan aktiviti mengutip sampah di kawasan pantai I- AQUAS untuk memberikan kesedaran kepada semua peserta tentang pentingnya penjagaan kebersihan alam sekitar terutamanya di kawasan pantai  dan para peserta memberikan kerjasama yang baik sehingga berjaya mengumpul hasil sampah yang banyak di kawasan pantai dan hasilnya, aktiviti beach plogging ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan semangat cinta akan alam sekitar.

Selesai aktiviti mengutip sampah di kawasan persekitaran pantai

 

Seterusnya, program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti sukaneka yang dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa aktiviti program dimana para peserta dibahagikan dengan 7 kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 orang termasuk peserta yang perlu menghabiskan 5 stesen dan aktiviti yang dijalankan di setiap stesen  iaitu  mengisi air di dalam botol dengan menggunakan span, melakukan pusingan badan sebanyak 10 kali, berjalan kaki berpasangan dengan kaki yang terikat, mengambus salah seorang ahli kumpulan sehingga ke paras kepala serta di stesen yang terakhir mendukung dan membawa salah seorang ahli kumpulan sampai ke pantai dan hasilnya aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta apabila setiap ahli kumpulan memikirkan strategi untuk memenangi aktiviti sukaneka tersebut.

Aktiviti sukaneka di stesen kelima iaitu mengambus salah satu ahli kumpulan ke dalam pasir

 

Selepas aktiviti sukaneka tamat, para peserta diberi kebebasan untuk melakukan apa-apa aktiviti sambil menikmati pemandangan dan keindahan alam dan para peserta juga diberikan masa untuk menyiapkan diri  untuk  majlis penutup dan sesi penyampaian cenderamata berbentuk hamper diberikan kepada tiga kumpulan terbaik dan terawal menyiapkan aktiviti sukaneka.

Akhir kata, program ini mendapat sambutan yang baik dan memberi impak yang positif kepada para peserta untuk memupuk nilai prihatin dalam diri mahasiswa dalam kepentingan menjaga alam sekitar kerana kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

Date of Input: 20/06/2023 | Updated: 20/06/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcHAL~