BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI: MEMIMPIN BERSAMA SEBUAH ORGANISASI | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI: MEMIMPIN BERSAMA SEBUAH ORGANISASI

BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI: MEMIMPIN BERSAMA SEBUAH ORGANISASI

BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI: MEMIMPIN BERSAMA SEBUAH ORGANISASI

OLEH : MUHAMMAD FIRDAUS ZULKIFLI

 

SERDANG, 24 September 2023 – Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI serta semangat tinggi daripada Majlis Perwakilan Kolej KTDI sesi 2023/2024 telah berjaya menjayakan sebuah program di kolej tercinta iaitu di KTDI melibatkan 65 orang Majlis Perwakilan Kolej (MPK) KTDI untuk memastikan barisan MPK baharu mampu meneraju kolej bagi sesi kali ini.

Walaupun Bengkel Pemantapan Organisasi 2022 (BPO22) kali ini dianjurkan secara bersederhana di kolej namun tidak mematahkan semangat kami terus bekerjasama dalam mengendalikan program ini. Bengkel ini telah berlangsung sepanjang 6 hari di Kolej Tun Dr. Ismail. Antara slot yang diyakini mampu meningkatkan kepimpinan MPK KTDI dan berlangsung dalam program ini adalah, Team Building, Latihan Dalam Kumpulan, MPK Race dan slot-slot intelektual seperti Perkasa Protokol dan Prosedur Penganjuran Program.

“ Setiap pemimpin perlu sedar mereka wajib berusaha untuk memudahkan urusan orang lain.” ucap Yang Berbahagia Profesor Dr. Aminuddin Hassan,Pengetua KTDI dalam slot Hasrat Pengetua. Beliau menegaskan bahawa setiap MPK perlu sentiasa bersedia menerima tugasan-tugasan penting dalam usaha mengekalkan kejuaraan KTDI dalam semua bidang seperti kebudayaan, kesukanan dan pengurusan kerja.

 Alumni hadir menyampaikan perkongsian dalam slot bersama alumni.

 

Pengarah BPO23, saudara Muhammad Firdaus Zulkifli juga merupakan Presiden MPK KTDI 2023/2024 bersetuju bahawa berada dalam organisasi ini merupakan satu tanggungjawab yang besar dan diakui adalah satu cabaran untuk mengendalikannya. Dua semester kehadapan adalah satu tempoh dimana tiada istilah rehat dan santai. Program pembukaan ini (BPO23), memberi gambaran awal akan pentingnya persediaan dalam setiap gerak kerja.

 

Akhir kata, terima kasih yang tidak akan terhenti diucapkan kepada pihak pengurusan KTDI, felo-felo KTDI dan MPK KTDI sesi 2023/2024 atas kenangan manis ini dan semestinya program ini tidak akan mencapai objektifnya tanpa pihak-pihak ini.

 

 

Keluarga MPK KTDI 2023/2024 serta pihak pengurusan dan felo KTDI bergambar tanda kenangan

Date of Input: 31/10/2023 | Updated: 10/11/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEbPAU~