BOLLYNACH SHOWDOWN 4.0 : KTDI JUARA | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » BOLLYNACH SHOWDOWN 4.0 : KTDI JUARA

BOLLYNACH SHOWDOWN 4.0 : KTDI JUARA

OLEH: HUDA BINTI MOHAMAD NASHIR

 

SERDANG, 11 MEI 2023 - Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (PKKSSAAS) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan pertandingan Bollynach Showdown 4.0 yang berlangsung pada jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam dan bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM.

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) telah merangkul gelaran juara dalam pertandingan Bollynach Showdown 4.0 serta telah memenangi Anugerah Koreografi Terbaik dan Penyokong Terbaik yang melayakkan KTDI membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM300.

Peserta bersama MPK mengambil hadiah setelah dinobatkan sebagai juara

 

Batcha Muthal merupakan nama kumpulan KTDI yang berentap dalam pertandingan ini yang diwakili oleh sepuluh orang ahli dan berjaya mempersembahkan tarian yang dapat memukau para penonton serta juri dari awal persembahan sehingga ke akhirnya.

Sembilan buah kolej telah berentap merebut gelaran juara untuk pertandingan Bollynach Showdown 4.0 pada malam tersebut dengan tema “transition 1980s to 2000s” dimana kesemua persembahan telah dinilai oleh barisan juri yang profesional.

Sedikit perkongsian ringkas tentang sinopsis drama tari pada tahun ini dimana ianya berkisahkan tentang sepasang kekasih yang mana wanita tersebut mati dalam sebuah tragedi yang memilukan dan rohnya telah masuk ke dalam tubuh seorang wanita yang hidup untuk meraih kembali cinta lama, tetapi akhirnya wanita ini sedar bahawa lelaki tersebut perlu mendapatkan kebahagiaannya sendiri, maka roh wanita yang telah mati ini keluar daripada tubuh wanita tersebut dan akhirnya lelaki berkenaan bertemu kebahagian yang sebenar.

Penyokong KTDI yang sangat bertenaga memberi sokongan 

 

Penyokong KTDI telah menggegarkan Dewan Besar dengan sorakan yang amat riuh dan bersemangat dari awal persembahan Bacha Muthal sehingga ke akhir persembahan yang membuatkan suasana dalam Dewan Besar kedengaran begitu meriah. 

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Bacha Muthal yang telah merangkul gelaran juara pertandingan Bollynach Showdown 4.0 dan telah mengharumkan nama KTDI dan semoga kemenangan ini dapat dikekalkan pada masa yang akan datang serta menjadi pemangkin semangat kepada generasi baharu Kolej Tun Dr Ismail.

Date of Input: 20/06/2023 | Updated: 20/06/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcHAr~