D’JUARA24 : PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN KTDI 2024 | KOLEJ TUN DR. ISMAIL ktdi
» NEWS » D’JUARA24 : PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN KTDI 2024

D’JUARA24 : PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN KTDI 2024

D’JUARA24 : PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN KTDI 2024

OLEH : FATIMAH AFIQAH HUSNA BINTI MOHAMAD

 

Serdang, 28 Jun 2024 - Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tun Dr Ismail telah berjaya menganjurkan program Malam Anugerah Keunggulan Juara KTDI 2024 (D’Juara24) dengan penuh meriah dan gemilang pada 21 Jun 2024 yang bertempat di Dewan Sri Harmoni, Kolej Tun Dr Ismail. Program dimulakan pada jam 8.30 malam dengan kehadiran tetamu kehormat, barisan jawatankuasa pelaksana, para finalis D’Juara24 serta semua pelajar KTDI.

 

Malam Anugerah Keunggulan Juara KTDI 2024 merupakan sebuah program baharu yang julung kalinya dianjurkan oleh Kolej Tun Dr Ismail pada tahun 2024. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar Kolej Tun Dr Ismail yang telah memberi sumbangan dari aspek kokurikulum dan kurikulum mahupun kedua-duanya sekali. D’Juara24 telah menggunakan tema Modern English yang dapat membantu menciptakan suasana yang segar dan dinamis, sesuai dengan perkembangan dan perubahan zaman.

 

D’Juara24 telah disempurnakan dengan kehadiran YBrs. Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid, Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Puan Norshahilda Md Shahril, Pegawai Tadbir Kolej Tun Dr Ismail, En Azlan Ibrahim, Ketua Felo Kolej Tun Dr Ismail dan En Mohd Rizal Hussain, Felo Penasihat Malam Anugerah Keunggulan Juara KTDI 2024. Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan staf pengurusan serta barisan felo Kolej Tun Dr Ismail. Kerjasama semua jawatankuasa pelaksana dalam melaksanakan program Malam Anugerah Keunggulan Juara KTDI 2024 (D’Juara24) telah memberikan kesan positif yang besar kepada semua tetamu yang hadir pada malam tersebut.

 

 

En Mohd Rizal Hussain, Felo Penasihat Malam Anugerah Keunggulan Juara KTDI 2024 mewakili Pengetua Kolej Tun Dr Ismail menyampaikan ucapan alu-aluan.

 

 

Saudara Muhammad Shah Rizal Abdul Manan memberikan ucapan penghargaan.

 

Saudara Muhammad Shah Rizal Abdul Manan selaku Pengarah D'Juara24 memberi kenyataan bahawa memandangkan program ini merupakan program yang baharu di kolej, beliau menghadapi pelbagai kesukaran demi melaksanakan program tersebut. Namun, dengan komitmen semua jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang terlibat, program tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan gemilang. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.

 

 

 

Saudari Nur Ayna Nuha Binti Maton

 

“Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam anugerah ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan sebuah program yang begitu meriah dan gah ini. Sesungguhnya anugerah yang saya berjaya raih ini adalah daripada anda dan untuk anda semua. Jangan pernah mengalah dan sentiasa berusaha demi meningkatkan nama kolej dan universiti.” ujar Saudari Nur Ayna Nuha Binti Maton selaku penerima Anugerah Keunggulan Juara (D’Juara24) dalam ucapannya pada malam itu.

 

Sebanyak 14 anugerah melalui 8 kategeori telah diberikan pada malam tersebut. Bagi kategori sukan, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Atlet Lelaki Terbaik dan Anugerah Atlet Wanita Terbaik manakala bagi kategori kebudayaan pula, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Citra Budaya Lelaki dan Anugerah Citra Budaya Wanita. Seterusnya, bagi kategori akademik, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Gemilang Intelek Lelaki dan Anugerah Gemilang Intelek Wanita manakala bagi kategori kepimpinan program pula, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Pemimpin Holistik Lelaki dan Anugerah Pemimpin Holistik Wanita. Tambahan lagi, bagi kategori kesukarelawanan., anugerah yang diberikan adalah Anugerah Ikon Sukarelawan Lelaki dan Anugerah Ikon Sukarelawan Wanita manakala bagi kategori pengucapan awam pula, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Pemidato Inspiratif Lelaki dan Anugerah Pemidato Inspiratif Wanita. Bagi kategori alumni, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Mekar Budi dan akhir sekali, bagi kategori utama, anugerah yang diberikan adalah Anugerah Keunggulan Juara (D’Juara24).

 

Diharapkan dengan berlangsungnya program Malam Anugerah Keunggulan Juara KTDI 2024 (D’Juara24), pelajar dapat menjadikan penganugerahan yang diberikan sebagai satu semangat bagi meneruskan kejayaan pada masa akan datang sepanjang menjadi warga KTDI mahupun setelah tamat pengajian. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan jawatankuasa pelaksana D’Juara24 yang telah bekerja keras untuk menjayakan

Date of Input: 09/07/2024 | Updated: 09/07/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1397
-
X, (02:56:22am-03:01:22am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]