D’PRESTIGE 23: CRAZY LIFE, RICH MOMENTS | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » D’PRESTIGE 23: CRAZY LIFE, RICH MOMENTS

D’PRESTIGE 23: CRAZY LIFE, RICH MOMENTS

D’PRESTIGE 23: CRAZY LIFE, RICH MOMENTS

 

OLEH: NUR RAZIYANA ZAHIRA MOHD RIZUWAN

 

SERDANG, 03 Jun 2023 - Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI serta Majlis Perwakilan Kolej, KTDI sesi 2022/2023 telah melaksanakan satu program Malam Prestij Kemilau Juara 2023 (D’Prestige 23) yang julung kali diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor seawal 8.00 malam sehingga 11.00 malam dengan kehadiran tetamu kehormat, barisan jawatankuasa pelaksana serta para pelajar tahun akhir.

 

Dengan bertemakan ‘Crazy Rich Asians’ yang berfokuskan kepada elemen Crazy Life, Rich Moments dan dimeriahkan dengan kod pemakaian kontemporari dan eksklusif, majlis tersebut ternyata berjaya mengangkat transisi sebuah memori dan penganugerahan kepada para pelajar tahun akhir dalam pengertian yang cukup berharga dan berbeza. 

 

Kehadiran Yang Berhormat Dr. Muhammad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Melaka sebagai tetamu kehormat utama pada malam D’Prestige 23 merupakan satu penghormatan dimana seorang yang berpengaruh dan berpelajaran tinggi memberikan ucapan serta dapat dijadikan contoh untuk membakar lagi semangat pelajar tahun akhir untuk terus mengejar impian mereka setelah menamatkan pengajian.

 

Yang Berhormat Dr. Muhammad Akmal Saleh memberikan ucapan sewaktu sesi ucaptama.

 

Di samping mengangkat konteks penghargaan, D’Prestige 23 juga memberikan penganugerahan kepada para pelajar tahun akhir yang telah mencurahkan bakti sepanjang menjadi pelajar KTDI demi menaikkan nama kolej dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga kebudayaan serta bakti setia terhadap kolej di peringkat universiti mahupun antarabangsa.

 

Saudara Idham Zainal Arifin bersama para tetamu kehormat sewaktu menerima Anugerah Kepemimpinan Perdana pada Malam Prestij Kemilau Juara 2023.

 

“Semoga penganugerahan pada malam ini dapat disimpan sebagai sebuah kenangan manis kepada kita semua dan diharapkan agar ukhwah yang terjalin sepanjang berada di KTDI akan terus kekal buat selama-lamanya” ucap saudara Idham Zainal Arifin yang merupakan penerima anugerah kepemimpinan perdana dan merangkap presiden Majlis Perwakilan Kolej, KTDI dalam sesi ucapan wakil pelajar tahun akhir.

 

Pengarah D’Prestige 23: saudari Dahlia Diana Mohd Najib Fadzil menyatakan bahawa majlis ini merupakan satu cabaran yang tidak dapat dinafikan untuk beliau sebagai pengarah dalam mengendalikan majlis sebesar ini justeru beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana tanpa kehadiran dan kerjasama semua, majlis ini tidak dapat direalisasikan.

 

Akhir kata, semoga penghargaan yang diberikan kepada para pelajar tahun akhir ini dapat melahirkan seseorang graduan lebih berkualiti serta dapat dijadikan motivasi dan inspirasi untuk seluruh pelajar KTDI  disamping berharap agar D’Prestige 23 akan terus dilaksanakn seiring dengan kejayaan yang telah dicapai pada tahun ini berlandaskan perjalanan majlis, konsep, transisi dan bahan media cetak serta elektronik di peringkat universiti.

Date of Input: 21/06/2023 | Updated: 21/06/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEcAAm~