Karnival Dirgahayu Malaysia 2022 (KDM) | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Karnival Dirgahayu Malaysia 2022 (KDM)

Karnival Dirgahayu Malaysia 2022 (KDM)

SERDANG, 1 Oktober - Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Karnival Dirgahayu Malaysia pada 26 Ogos hingga 16 September 2022 secara dalam talian di laman Facebook Live KTDI mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia. Karnival Dirgahayu Malaysia bertujuan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang disambut pada 31 Ogos pada setiap tahun serta memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap peserta serta memberi kesedaran akan kepentingan belia dalam membangunkan negara disamping mengasah peserta untuk mengeluarkan idea yang kreatif dan kritis melalui pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung. Majlis pembukaan Karnival Dirgahayu Malaysia diadakan pada 26 Ogos 2022 dengan aktiviti Sembang Santai daripada panel jemputan Prof. Madya Dr. Ku Hasnita Ku Samsu dan Muhammad Nabil bagi mengupas tajuk Undi 18: Pemacu Demokrasi Bermula Dengan Anak Muda. Seterusnya, beberapa hebahan pertandingan sepanjang Karnival Dirgahayu Malaysia ini seperti Merdeka Art Challenge, Penulisan Kreatif, Klik-klik Merdeka dan Merdeka Tiktokers serta fakta-fakta menarik berkenaan kemerdekaan di media sosial. Seterusnya, KTDI Jom Lepak Kemerdekaan! diadakan pada 30 Ogos 2022 dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh pengetua KTDI, Prof. Dr. Aminuddin Hassan. Pengarah Karnival Dirgahayu Malaysia 2022, Saudara Muhammad Nazreen Samuri menyatakan bahawa program ini perkongsian berkenaan fakta-fakta kemerdekaan dalam bentuk forum ataupun poster ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan sejarah Malaysia kepada pelajar. Memetik kata dari Prof. Dr. Aminuddin Hassan, “Harapan saya, semoga pelaksanaan Karnival Dirgahayu Malaysia 2022 kali ini dapat menyuntik semangat cinta akan negara tanah air dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbeza agama dan bangsa”. Akhir kata, program Karnival Dirgahayu Malaysia ini wajar untuk terus dianjurkan agar semangat kecintaan terhadap negara dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat itu tidak hilang ditelan zaman.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 02/11/2022 | Updated: 02/11/2022 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFSXAf~