KUIZ PERAYAAN DUAN WU: PEMANGKIN PERPADUAN ANTARA KAUM | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » KUIZ PERAYAAN DUAN WU: PEMANGKIN PERPADUAN ANTARA KAUM

KUIZ PERAYAAN DUAN WU: PEMANGKIN PERPADUAN ANTARA KAUM

KUIZ PERAYAAN DUAN WU: PEMANGKIN PERPADUAN ANTARA KAUM

OLEH : LAU ZHENG YEP, CHIEIU CHENG BING

 

SERDANG, 10 Jun - Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia, telah menganjurkan Program Kuiz Perayaan Duan Wu yang berlangsung secara atas talian melalui Google Form atas anjuran Kelab Mahasiswa Cina,Sekreteriat Kebudayaan,Kesenian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej,Kolej Tun Dr Ismail,Universiti Putra Malaysia, bersempena festival Duan Wu.

 

Perayaan Duan Wu atau dikenali sebagai “Pesta Perahu Naga” merupakan perayaan tradisional Cina yang disambut setiap tahun pada hari kelima dalam kalender lunar dan perayaan tersebut diadakan untuk memperingati penyair patriotik Qu Yuan yang mengorbankan diri akibat kekecewaan dengan keadaan politik negaranya.

 

Perayaan Duan Wu merupakan antara perayaan penting dalam kalangan masyarakat cina di negara Malaysia atas matlamat memupuk nilai-nilai yang murni dalam sanubari rakyat jelata seperti nilai keberanian dan cinta akan negara, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan serta komuniti.

 

Poster bersamaan borang pendaftaran dan pengenalan ringkas tentang Perayaan Duan Wu

 

Program tersebut telah diadakan atas harapan untuk mendedahkan warga Kolej Tun Dr Ismail kepada kepercayaan dan budaya masyarakat cina yang merangkumi perayaan duan wu agar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kaum ke arah kesejahteraan bersama.

 

Selain itu, Kelab Mahasiswa Cina juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memupuk semangat patriotik dan sudi berkorban demi negara tercinta dalam sanubari para mahasiswa yang menetap di Kolej Tun Dr Ismail, di samping menekankan kepentingan perjuangan mempertahankan kedaulatan negara, identiti dan maruah bangsa.

 

 

   

Pemenang-pemenang Kuiz Perayaan Duan Wu bersama Pengerusi Kelab Mahasiswa Cina

 

 

Gambar bermula daripada kiri menunjukkan tempat pertama, Kelly Siow yang telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM15, naib johan Dora Lim Jia Bing yang dengan hadiah RM12 dan akhirnya tempat ketiga Teo Hwee Sze yang memenangi wang tunai sebanyak RM10.

 

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta dan pemenang atas kesungguhan dalam pemahaman Perayaan Duan Wu dan Kelab Mahasiswa Cina ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta yang sudi meluangkan masa untuk  melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Date of Input: 09/07/2024 | Updated: 09/07/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1397
-
X, (04:37:38pm-04:42:38pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]