MAKA SEM 2 SESI 21/22 LAMBANG AKADEMIK PELAJAR BERPRESTIJ | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » MAKA SEM 2 SESI 21/22 LAMBANG AKADEMIK PELAJAR BERPRESTIJ

MAKA SEM 2 SESI 21/22 LAMBANG AKADEMIK PELAJAR BERPRESTIJ

OLEH: NUR ALIAH IZZATI BINTI ADLAN

SERDANG, 8 JANUARI 2023 - Kegembiraan para penerima anugerah yang telah berhempas-pulas dalam peperiksaan semester 2 Sesi 2021/2022 dirasai dengan jelas dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kolej Tun Dr Ismail yang diadakan baru-baru ini.

 

Seramai 293 orang penerima anugerah telah berjaya menempah tempat dalam tiga kategori anugerah iaitu Honourable mention (PNG 3.5 - 3.74), Emas (PNG 3.75 - 4.0) dan Platinum (PNGK 3.75 - 4.0).

 

Pengetua kolej, Prof. Dr. Aminuddin Hassan membentangkan statistik akademik setiap blok kediaman.

 

Sehubungan itu, pengetua kolej, Prof. Dr. Aminuddin Hassan juga turut membentangkan statistik akademik mengikut blok kediaman sewaktu majlis diadakan serta turut melahirkan rasa bangga terhadap para pelajar Kolej Tun Dr Ismail (KTDI).

 

 

Para penerima anugerah akademik

 

 Bak kata pepatah, kuat pokok kerana akarnya, dan kuat akar kerana tanahnya, dimana kejayaan anugerah akademik blok yang telah disandang oleh blok jelawat dan kenanga telah berjaya dilakar disebabkan usaha keras para pelajar blok tersebut yang berjaya membuatkan purata pelajar cemerlang mengikut blok disandang oleh mereka.

 

Para penerima anugerah bersama tetamu kehormat dan barisan pelaksana

 

Lagu gemuruh dinyanyikan pada akhir program untuk membakar semangat para penerima anugerah dan penonton untuk kekal semangat mengejar kejayaan yang diimpikan. Pada akhir program juga, gambar penerima anugerah bersama dengan tetamu kehormat dan barisan pelaksana diambil sebagai kenang-kenangan.

Date of Input: 31/01/2023 | Updated: 01/02/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEaFA4~