Minggu Kenali Juara (KEWARA) 2022. | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Minggu Kenali Juara (KEWARA) 2022.

Minggu Kenali Juara (KEWARA) 2022.

KEWARA INTEGRASI SISWA
OLEH : MUNIRAH HAZEMI

SELANGOR, 16 Oktober - Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Minggu Kenali Juara (KEWARA) 2022 yang bermula 11 Oktober hingga 16 Oktober 2022. Sesi Ice Breaking pada hari pertama Minggu Kenali Juara (KEWARA) 2022

KEWARA 2022 adalah bertujuan untuk mengukuhkan semangat kekeluargaan yang sedia ada dalam warga kolej serta mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
KTDI merupakan kolej yang sering menitikberatkan pencapaian sahsiah dan akademik dalam kalangan pelajar maka KEWARA 2022 adalah satu titik permulaan bagi pelajar yang baru menjadi warga KTDI untuk mengambil peluang dan pengalaman ini agar dapat diaplikasikan sepanjang belajar di Universiti Putra Malaysia.

Peserta KEWARA 2022 bukan sahaja menjalani aktiviti seperti ice breaking, KTDI idol!, persembahan gabungan dan sukan perpaduan yang dapat menguji tahap ketahanan fizikal, mental dan daya berfikir peserta akan tetapi mereka juga didedahkan tentang pengurusan dan pengenalan bersama warga KTDI melalui KTDI Floordate dan visit secretariat.

Sesi Sukan Perpaduan yang berlangsung setiap petang sepanjang KEWARA 2022
Pengarah Minggu Kenali Juara 2022, Saudari Irdina Shahrin menyatakan Program yang telah berlangsung selama 6 hari dimana peserta telah menjalani sesi ice breaking, KTDI Floordate,KTDI idol!, visit secretariat, sukan perpaduan dan pelbagai aktiviti dengan tujuan untuk merapatkan silaturahim antara peserta dan warga kolej.
Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Prof. Dr. Aminuddin Hassan berharap agar peserta memperoleh serta menerapkan nilai murni melalui program tersebut dan beliau juga bermatlamat untuk membangunkan modal insan yang serba lengkap dan berpengetahuan. “Hanya melalui pengalaman seperti ini siswa-siswi dapat merasai manisnya perpaduan dan cabaran bersama dalam menempuh pembelajaran di universiti.” Kata beliau dalam ucapan perasmian penutupan Minggu Kenali Juara 2022.

Akhir kata, Minggu Kenali Juara (KEWARA) 2022 adalah wajar untuk diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya bagi memastikan semua warga kolej pada masa akan datang mendapat input yang sama malahan lebih baik dan dapat digunakan sebagai seorang pelajar dan masyarakat walaupun sudah bergelar alumni kolej.

 

 

 

Slot Ice Breaking

Slot Sukan Perpaduan

Date of Input: 09/11/2022 | Updated: 01/12/2022 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXETNA6~