Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM

Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM

Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM

 

Serdang 10 Julai 2024, Rabu – Satu Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM di Kolej Tun Dr. Ismail telah dilaksanakan oleh dua panel penilai yang dilantik Puan Najah Mohd Ali dan Puan Emelda Mohd Hamid dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Penjurian dimulakan dengan sesi bergambar bersama juri, sesi kata aluan daripada Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, pembentangan oleh Puan Norshahilda Md Shahril, Pegawai Tadbir Kolej Tun Dr. Ismail dan seterusnya lawatan ke Sudut Bacaan KTDI @ Smart Read Corner. Penjurian berlangsung secara ringkas dan padat bermula dari jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang dengan penyampaian cenderamata dari Kolej Tun Dr. Ismail kepada kedua-dua juri yang terlibat.


Justeru tamat, juri-juri juga di bawa melawat sekeliling pejabat Am Kolej Tun Dr. Ismail untuk melihat pelaksanaan EKSA.
Kolej Tun Dr. Ismail merakamkan sekalung penghargaan buat juri yang telah membuat penilaian sudut Read@Uni di Kolej Tun Dr. Ismail.

 

 

Date of Input: 11/07/2024 | Updated: 12/07/2024 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1397
-
W, (09:32:21pm-09:37:21pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]