SAFETY IS THE KEY TO THE HAPPINESS (2.0) | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » SAFETY IS THE KEY TO THE HAPPINESS (2.0)

SAFETY IS THE KEY TO THE HAPPINESS (2.0)

OLEH : NUR JAHAN BINTI IBRAHIM

 

 

SERDANG, 11 Disember - Sekretariat Kerohanian, Keselamatan, dan Kebajikan (3K), Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Safety is The Key To The Happiness (2.0) pada 11 Disember 2022 secara bersemuka dan atas talian di laman Youtube KOR SISPA UPM. 

Program yang diadakan pada hari ini merupakan anjuran kali kedua dan dapat dilaksanakan dengan kerjasama baik anggota Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam iaitu Kor SISPA, UPM yang bermatlamat untuk memberi panduan berkenaan cara asas mengatasi ancaman bahaya sejurus kecemasan berlaku di samping menzahirkan sifat bertanggungjawab dalam kalangan mahasiswa agar lebih cakna terhadap keselamatan individu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, Najwa Fatini binti Mohd Sainan yang menekankan bahawa tujuan program ini tidak lain tidak bukan bagi memberi pendedahan di samping membentuk mahasiswa ke arah menjadi individu yang lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri dan juga prihatin terhadap keselamatan individu di sekeliling mereka.

Slot pertama iaitu Tatacara Pengungsian Bangunan oleh Panel Jemputan, Kapt. Bersekutu Pertahanan Awam, Tuan Rizal Hj. Razak dan dalam slot tersebut, beliau telah memilih wakil daripada peserta yang hadir untuk menjadi pasukan tindakan kecemasan (ERT) bagi simulasi pengungsian.

Seterusnya, Slot Kedua berlangsung dengan  Pengenalan APAK (Alat Pemadam Api Kecil) kemudiannya dikendalikan oleh Kapt. Pertahanan Awam Ruslan Lok dengan perkongsian tentang jenis-jenis pemadam api yang memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan pemadam api semasa simulasi APAK. 

 

Pemilihan wakil Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) bagi simulasi pengungsian bangunan oleh kapt. Bersekutu Tuan Rizal Hj. Razak.

 

Slot terakhir, Asas Pertolongan Cemas (First Aid, Rawatan Luka, Pengusungan, Teknik CPR) diteruskan dengan  semakan peti kecemasan setiap kolej manakala para peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis balutan kecederaan dan cara-cara melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dengan betul.

 

Slot Asas Pertolongan Cemas (First Aid, Rawatan Luka, Teknik Pengusungan Mangsa yang Tercedera dan Teknik CPR)

 

Akhir kata, Program Safety is The Key To The Happiness (2.0) wajar diteruskan agar dapat memberi panduan berkenaan cara asas mengatasi ancaman bahaya jika berlaku kecemasan serta dapat menerapkan sifat  tanggungjawab  dalam kalangan mahasiswa agar lebih cakna terhadap kecemasan individu.

Date of Input: 17/02/2023 | Updated: 17/02/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEZNAV~